Respon Muhtar Suhaili, ‘Dato Nordin Kardi tidak terlibat.

Mesej yang disampaikan oleh saudara Muhtar Suhaili ke Motivasi Minda.

KARYA SAYA DICIPLAK: MOHON PENJELASAN ISLAMHADHARI.NET.

As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut.

Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entri yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek.

Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi:

Nordin Kardi : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.

Muhtar : Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yang saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dalam hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal liridhallah.

Muhtar : Alhamdulillah, saya syukur setelah Datuk sendiri mengatakan Datuk tidak ada kena mengena dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan. Saya pernah cuba menghubungi Datuk untuk mendapatkan maklumbalas tetapi gagal. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..

Muhtar : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan.

Muhtar : Once again, thank you very much Datuk and appology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran ‘alaik.

Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: