Pelajar antarabangsa selami keindahan budaya dan bahasa Melayu

Kelab Teater UIAM mempersembahkan sketsa perkahwinan orang Melayu di Malam Gema Melayu.
“Saya mengambil masa satu minggu untuk berlatih menjadi tukang karut dalam kumpulan dikir barat ini. Tidak sesukar mana dan meyeronokan,” kata Mirsim Ghasi, pelajar Jabatan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dari Kosovo.

Pelajar antarabangsa berumur 19 tahun ini baru berada di Malaysia selama lapan bulan. Persembahan beliau menimbulkan kekaguman hadirin dengan kemampuan mengingati setiap baris perkataan yang perlu disebut sebagai tukang karut sepanjang 15 minit persembahan bersama kumpulan dikir barat nusantara.
Bagi Dina Salahuddin dari Sudan yang mempersembahkan sajak bertajuk Keindahan Dalam Budaya, “Saya perlu memahami apa yang saya sampaikan dalam sajak ini. Isinya yang menekankan kepada sesuatu bersifat seni dan motivasi memudahkan saya mendeklamasi bait-bait sajak ini.”

Dalam kesibukan tugasan menyiapkan projek-projek yang perlu diselesaikan sepanjang semester ini, Dina yang juga pelajar tahun tiga Jabatan Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar merasakan peluang ini tidak wajar dilepaskan.

Sebahagian pelajar antarabangsa datang memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.

Tahniah kepada divisyen bahasa Melayu, UIAM kerana buat pertama kalinya berjaya membawa budaya dan bahasa tempatan ke dalam universiti ini. Melalui program Gema Melayu, para pelajar antarabangsa didedahkan kepada pelbagai program melibatkan pertandingan sajak, ulasan teater Melayu dan persembahan tradisional. Sepanjang lima tahun lalu, inilah pertama kali cakap-cakap untuk membawa program-program dalam bahasa Melayu untuk para pelajar akhirnya direalisasikan. Satu usaha yang membawa kepada perjalanan baru kepada universiti yang terkenal dengan bahasa Inggeris dan Arab sebagai pengantarnya. Tahniah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: