Siap sedia baru memikat.

Bagi lelaki yang serius mencari pasangan, persediaan mental, fizikal dan kewangan adalah tiga perkara yang akan menentukan pertimbanganya untuk berkata ya terhadap sebarang perhubungan.

Lelaki menyedari, menyintai seorang perempuan bukan sekadar keseronokan semata-mata, ia datang bersama dengan tanggungjawab. Peralihan tanggungjawab menjaga anak gadis dari tangan bapanya kemudian beralih kepada tangan lelaki bergelar suami adalah suatu perkara yang besar dan hebat. Bukan mudah mengalih dan menerima kepercayaan seperti ini.

Minda di sana, hati di sini.

Lelaki memahami dirinya bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan yang dibuat. Melainkan mereka yang berkeinginan mengisi kekosongan sementara, persediaan mental, fizikal dan kewangan hanya berlaku dalam proses memikat sahaja. Kita tidak mengetahui sama ada lelaki yang mendekati seorang perempuan benar-benar serius dengan keinginannya melainkan kita memahami apakah perancangan jangka panjangnya bersama kita.

Persediaan mental berlaku apabila lelaki mula boleh menerima perjalanan hidupnya yang baru. Pengalaman-pengalaman kegagalan cinta dahulu tidak dijadikan sebab untuk si dia tidak bercinta. Sebaliknya setiap pengalaman dijadikan cermin yang memantulkan kembali setiap tindak-tanduk yang dilakukannya. Ia adalah pengingat diri agar perjalanan cintanya yang akan datang akan bertambah baik dan berkekalan.

Berhati-hati dengan lelaki yang menjalinkan cintanya dengan kita sedangkan dari sudut mentalnya dia tidak bersedia. Sikapnya yang suka bercerita tentang kekasih-keasih lamanya, mengungkitkan apa yang tidak dilakukan oleh kekasih lama kepada dirinya, menceritakan keburukan dan kekurangan kekasih terdahulu menandakan mentalnya belum bersedia sepenuhnya. 

Dia masih meletakan karakter kekasih lamanya ke atas diri kita. Fikiranya tidak dapat menerima cerita baru yang dicipta bersama bakal pasangan.

Sangka kita, dia hanyalah mengingatkan kita agar tidak mengikut jejak langkah bekas pasangannya yang terdahulu. Sebaliknya, mesej yang hendak disampaikan ialah, “Aku masih sukar hendak melupakan perkara dahulu dan hatiku masih belum bersedia sepenuhnya untukmu.”

Dirimu, mesin wangku.

Lelaki yang ditemuinya amat mempersonakan. Pertama kali bertemu dengannya, dia seolah-olah sudah mengetahui apa yang bergelojak dalam hati. Setiap perkataan yang diucapkannya seolah-oleh menjawab apa yang bermain fikiran. Tetapi, setiap hujung bulan, dia datang dan meminta wang. Awalnya, sedikit sahaja yang diambilnya. Sejak akhir-akhirnya, dia lebih kerap meminta. Wang gaji yang seharusnya diterima penuh, separuhnya diberikan kepadanya.

Apabila berhadapan dengan lelaki seperti ini, satu nasihat yang terbaik ialah jangan menjalinkan hubungan serius dengannya dari peringkat awal lagi. Lelaki seperti ini mempunyai daya tarikan yang kuat, menimbulkan cemburu rakan-rakan kita kerana kelihatan menguntungkan untuk bersamanya, tetapi apabila sudah terikat sukar untuk meleraikan semula.

Percintaan bagi lelaki seperti ini bertujuan menjadikan perempuan sebagai mesin wangnya. Secara kewangannya, dia bukanlah seorang yang boleh dipercayai meskipun mempunyai pekerjaan dan gaji yang lumayan. Sebaliknya, pasangannya pula yang menjadi sumber untuk perbelanjaan hariannya. Tanpa kita sedar, sikap sayang buta terhadap dirinya menjadikan diri papa kedana. 

Masa depan cerah, perjalanan kabur.

Kabur dengan masa hadapan sendiri, berubah-ubah perancangan dan tidak jelas dengan apa yang hendak dilakukannya adalah ciri-ciri lelaki yang tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan serius.

Apabila ditanya apa yang hendak dilakukannya, ceritanya kelihatan hebat sehinggakan tidak begitu logik apabila dibandingkan dengan kemampuan yang dimilikinya.

Angan-angan besarnya hanyalah penyedap cerita bertujuan untuk meyakinkan seseorang. Kita mungkin seronok dengan cerita-cerita masa hadapannya yang pasti melibatkan diri kita untuk mencapainya, realitinya belum tentu betul.

Menakluk gunung tinggi, bermula dari langkah kecil pertama.

Kesederhanaan dalam merancang masa depan banyak berkait rapat dengan faktor diri. Tidak semua orang dapat mencapai sesuatu dalam sekelip mata. Masa depan yang dibentuk melalui matlamat-matlamat kecilnya akan menjadi satu perjalanan yang tersusun.

Matlamat kecilnya lebih meyakinkan apabila kita melihat ia boleh dicapai dalam satu jangka masa yang rasional. Apabila si dia bercerita, kita mudah faham apa yang dilakukannya dan mudah jua untuk kita meletakan diri dalam setiap perancangannya. Sedikit demi sedikit kita bersama-sama dengannya dalam mencapai matlamat-matlamat kecilnya sehinggalah ke matlamat yang lebih besar lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: