Bakal Terbit : Dirimu Menarik Hatiku Tertarik.

Prakata buku Dirimu Menarik Hatiku Tertarik. Bakal terbit Febuari 2007

Untuk mendapatkan maklumat terkini buku Dirimu Menarik Hatiku Tertarik daftarkan nama dan email saudara dan saudari ke kotak komen Motivasi Minda di bawah .

Di mana menariknya seorang perempuan di hati lelaki?

Apa yang dilihat melalui mata pasti turun ke hati. Tetapi ada waktunya ia tidak sampai ke situ. Apa yang sudah turun ke hati mula timbul serasi sehinggalah perhubungan terbina dan perkongsian hidup bermula. Itulah perjalanan cinta.

Buku ini membawa dimensi pemikiran lelaki dalam percintaan kepada para pembaca. Keistimewaan buku ini ia memberi nilai tambah dalam perhubungan dan panduan berdasarkan pengalaman percintaan dan kajian-kajian psikologi personaliti, perhubungan dan kekeluargaan yang dipermudahkan untuk para pembaca.

Buku ini menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam pencarian teman hidup dan memberi saranan-saranan mengekalkan hubungan yang sedia ada. Ia juga mengetengahkan perilaku lelaki apabila si dia mula melangkahkan kakinya ke gerbang percintaan dan perhubungan. Lelaki yang kelihatan biasa pada awalnya mula kelihatan ganjil tindak tanduknya, adakah itu tandanya cinta? Jika benar apakah petanda-petandanya. Buku ini cuba merungkai persoalan ini.

Kecemerlangan cinta dan kehebatan orang lama dalam dunia kasih sayang adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Percintaan yang jelas ke jinjang pelamin dengan ikatan yang bertahan lama menarik perhatian sang pecinta baru untuk mengetahuinya. Buku ini mengetengahkan beberapa kisah benar yang pernah diceritakan semula kepada masyarakat.

Cinta mengubah sikap dan tingkah laku penerimanya. Baik lelaki mahupun perempuan, sikap memberi kesan kepada cinta yang diberikan kepada hati yang menerima. Buku ini menerangkan apakah bentuk sikap yang membuka jalan agar hati lelaki terbuka untuk bercinta.

Rasa hati tidak akan mencipta realiti tanpa tindakan. Buku ini mendedahkan pendekatan-pendekatan dalam mengesahkan perasaan cinta dari satu keinginan kepada ikatan yang sah buat dua insan. Ia turut memberi tip-tip bagaimana individu dan suasana sekeliling turut membantu menyemarakan cinta dan kasih sayang pasangan.

Tersekatnya perjalanan cinta dek halangan di pertengahan. Buku ini menerangkan keadaan-keadaan yang melambatkan usaha meraih cinta dan bagaimana hendak berhadapan dengan keadaan-keadaan luar jangka ini.

Kekuatan dalaman yang bakal menjadi magnet cinta pasti terserlah apabila tahu bagaimana menggunakannya. Serlahkan kehebatan cinta dengan kelembutan yang membangkitkan rasa sayang dari si dia. Ketahui kekuatan-kekuatan dalaman yang wujud dalam diri dan pasangan yang memberi kekuatan perhubungan.

Sekiranya para pembaca mempunyai petua-petua cinta dan pengalaman yang boleh membantu menyemarakan dunia percintaan yang mendamaikan, penulis amat mengalu-alukan perkongsian ilmu ini. Catatan pengalaman suka duka dan pengetahuan anda dalam dunia kasih sayang memberi satu sisi baru buat orang lain dalam memahami dan mengekalkan cinta yang sebenar.

Kata seorang pemuisi bernama Alexander Smith, menemui diri sendiri dalam orang lain adalah cinta dan kegembiraan ialah penghargaan ke atas dirinya.Soalnya kembali. Di mana menariknya seorang perempuan di hati lelaki?

Dirimu Menarik Hatiku Tertarik menjawab persoalan ini.

2 Komen »

  1. emmilda said

    would like to know more about this book and to be notified bile telah dipasarkan

  2. aliman said

    Saudari Emmilda dirahmati Allah,

    Insya Allah akan ada beberapa buku terbaru akan keluar. Saya akan maklumkan di laman ini dan pelanggan mailing list Motivasi Minda apabila sudah di kedai-kedai buku.🙂
    ZAMRI MOHAMAD

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: