Bincang-bincang 2007

Selama lima hari bercuti dari Jumaat sehinggalah Selasa, sememangnya benar-benar melegakan minda. Esok aku harus kembali ke markas untuk melaksanakan tugas-tugas lama dan merancakkan tugas-tugas baru. Ketika menulis ini pun semangat bekerja sudah berkobar-kobar. Kuasa imaginasi mempengaruhi minda dan emosi.

Pulang ke Melaka dalam keadaan tertanya-tanya. Banjir yang memberi kesan kepada beberapa negeri termasuk negeri yang kutujui membuat aku membayangkan situasi yang bukan-bukan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari perjalanan pergi sehinggalah pulang.

Aku sifatkan hari raya eid ul adha sebagai hari keluarga. Bukan senang untuk kami sekeluarga berkumpul. Cuma dua orang abangku sahaja yang tidak berkesempatan pulang tahun ini.

Tahun 2007 membuat kami sekeluarga berfikir. Tahun 2007 juga membuat kami mengenangkan pelbagai peristiwa tahun lalu.

1. Aku menjadi penulis dan karyaku diterbitkan dengan 200% kepercayaan penerbit dan pembaca.

2. Abangku yang kedua menerbitkan buku beliau sendiri, Merancang Bisnes ke Arah Kejayaan. Dalam proses ulang cetak dan memenuhi permintaan Perpustakaan Negara Malaysia.

3. Abangku yang sulung pula sedang merancang-rancang membuat e-book panduan menjaga kenderaan bersama seorang rakan beliau. Bila, masih dalam perancangan.

4. Abangku yang ketiga bertanya jika aku hendak menulis buku tentang insuran dan pelaburan islam bersama-samanya tahun hadapan. Beliau pun hendak sambung belajar tidak lama lagi dalam bidang yang sama. Aku hanya pelanggan insuran sahaja. manakala si abang pula pakar insuran Islam. Hendak difikirkan lebih mendalam.

5. Abangku yang keempat sudah membeli buku-buku pengurusan kerja bagi diadaptasi dalam konteks tempatan. Aku diajak menjadi penulis bersama. Ini mungkin menjadi pilihan, lagi pun sudah diwar-warkan konsepnya kepada sang penerbit.

6. Adik aku pula sudah bertanya-tanya bagaimana hendak menulis. Hendak tambah wang biaya pelajaran katanya.

7. Kami berbincang, apakah asas yang hendak kami letakkan untuk menyambung tahun 2007 ini agar lebih bermakna dan meningkatkan tara hidup masing-masing baik bersifat ekonomi, sosial dan keagamaan. Ceritanya ringkas tetapi ia menjalar terus ke saraf-saraf otak

2007, apakah bentuk cabaran dan peluang untuk kami?

1 Komen »

  1. Anuar Manshor said

    Baguslah adik beradik semuanya minat menulis. Bolehlah buka penerbitan buku sendiri. Cuma jangan lupa perjanjian kita! Buku ‘mamak’ tu jgn lupa ye!

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: