Cerita Saddam belum habis

Melihat kepada kematian Saddam Hussein di tali gantung membawa kepada beberapa kesimpulan.

1. Adat berkawan dengan Amerika, bersenang-senang dahulu, bermati-matian kemudian. Malangnya yang mati itu orang Islam.

2. Suasana politik dunia melibatkan percaturan Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam yang digeruni Israel tidak akan berubah. Sekatan rasmi oleh pertubuhan dunia ke atas Iran sengaja dinanti untuk dilanggar oleh Iran agar Amerika akan memainkan peranan sebagai superhero menegakkan keadilan dunia.

3. Umat Islam masih tidak bersatu padu dan menekan negara-negara seagama yang dianggap membahayakanya.

4. Sikap optimis masyarakat dunia baik umat Islam dan bukan Islam terhadap keadilan sejagat tidak akan berhenti. Dari masa ke semasa agenda untuk menyedarkan manusia dalam apa jua bentuk akan digerakkan secara massa. Aku melihat akan tumbuh lebih banyak cendawan-cendawan anti perang dan keamanan. Ia memperbanyakkan lagi gerakan pertubuhan bukan kerajaan di seluruh dunia.

5. Amerika berhadapan dengan krisis ekonomi yang sangat teruk. Sebagaimana disebutkan oleh seorang pensyarah, kerajaan mereka menghantar para imigran dari negara Amerika Latin untuk menjadi tentera di Iraq. Umpan yang diberi, kad hijau untuk mereka bekerja dan potensi menjadi warganegara tanah rampasan puak Red Indian ini.

2 Komen »

  1. Datuk said

    1. Amerika secara tradisi akan mendukung semua pemerintah yang boleh dijadikan sebagai boneka untuk melaksanakan kepentingan politiknya.
    2. Memang sukar untuk merubah keadaan yang sedia ada dalam masa terdekat. Hanya boleh berusaha serta bertawakal.
    3. Amat menyedihkan apabila ada segelintir umat Islam yang lebih banyak menghabiskan masa untuk membelasah saudara seagama mereka, daripada memikirkan cara untuk menghadapi musuh umat Islam.
    4. Persoalan yang akan timbul, sejauh mana gerakan2 tersebut mampu menggoncang rejim2 yang sedia ada di U.S dan Britain? Tidak dinafikan ia akan memberikan impak, namun, ia hanya terhad di kalangan masyarakat tertentu. Ada sebahagian besar yang tidak ambil kisah dan terus menyokong rejim2 tersebut.
    5. Amerika hanya menunggu kejatuhan mendadak dollar akibat lambakan matawang tersebut. Kopanski pernah mengatakan yang kekuatan askar amerika adalah pada kekuatan angkatan udara serta peluru berpandu jarak jauh. buktinya ada di Vietnam, Somalia, Afghanistan, dan Iraq!

  2. Leonidas Spartacus said

    Buku “The confession of Economic Hit Man” boleh menjelaskan kenapa negara-negara bukan sahaja di Asia Barat, malah negara-negara di Asia Tenggara, Latin Amerika menjadi boneka US setelah berhutang dengan World Bank dan IMF begitu banyak sehingga mereka tidak mampu lagi membayar hutang-hutang tersebut. Menarik kisahnya, bacalah..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: