Kenyataan Jabatan Perhubungan Awam Mengenai Artikel Bertajuk `Dato’ Dr Nordin Ciplak Karya Saya?: Mohon Penjelasan’

KENYATAAN JABATAN PERHUBUNGAN AWAM

KENYATAAN JABATAN PERHUBUNGAN AWAM MENGENAI ARTIKEL BERTAJUK `DATO’ DR NORDIN CIPLAK KARYA SAYA?: MOHON PENJELASAN’

PRUUM ONLINE: JABATAN Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin merujuk kepada satu artikel yang menyatakan Naib Canselor UUM, Dato’ Dr Nordin Kardi menciplak satu tulisan bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar MPP, Muhtar Suhaili (http://muhtarsuhaili.tripod.com).


Artikel berkenaan yang menggunakan byline Dr Nordin dikatakan tersiar dalam sebuah laman web http://www.islamhadari.net yang beliau sendiri tidak mengetahuinya.

Jabatan Perhubungan Awam UUM ingin menjelaskan bahawa Dr Nordin tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut, tetapi namanya telah didapati diletakkan sebagai penulis artikel berkenaan.

Sesiapa yang biasa mengikuti tulisan atau jalur pemikiran Dr Nordin memang akan tahu tulisan berkenaan bukan cara beliau menulis sesuatu idea atau pemikiran.

Dr Nordin tidak pernah menggunakan perkataan atau frasa yang kelihatan menunjuk-nunjuk mempunyai idea besar, seperti ‘kemandirian komuniti teras’, ‘mencambahbiakkan kesedaran’ atau ‘mengkoreksi’.

Tulisan Dr Nordin seperti sering tersiar dalam Utusan Malaysia atau dalam kertas kerjanya biasanya menggunakan bahasa yang biasa dan sangat mudah.

Oleh demikian jika Muhtar Suhaili menyatakan tulisan berkenaan adalah tulisan beliau, Dr Nordin tidak mempunyai apa-apa kemusykilan mengenainya dan ini bukan urusan beliau.

Sesiapa sahaja boleh meletakkan nama atau byline Dr Nordin Kardi atas mana-mana tulisan dan dipaparkan dalam laman web dan kemudian mendakwa Dr Nordin ciplak tulisannya. Usaha itu adalah urusan dan niat yang tidak berkaitan dengan Dr Nordin.

DARIPADA :
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283006/3007/3014
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: