PRO UUM Desak Muhtar Mohon Maaf Kepada Warga UUM

http://www1.uum.edu.my/portalbm/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=10040

18 DISEMBER 2006

PRUUM ONLINE : BERIKUTAN tulisan bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), En Muhtar Suhaili yang kelihatan sengaja ingin mencemar imej Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Dato’ Dr Nordin Kardi melalui tajuk artikelnya ‘Dato’ Dr Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?, Mohon Penjelasan’ dalam beberapa laman web, Jabatan Perhubungan Awam UUM ingin mendesak Muhtar memohon maaf sekurang-kurangnya kepada semua warga UUM.
Jabatan ini juga sudah membawa isu ini kepada Penasihat Undang-undang Universiti untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap beliau, apa lagi jika beliau enggan membuat permohonan maaf.

Jabatan ini juga sedang melihat kemungkinan En Muhtar sendiri yang meletakkan nama atau byline Dr Nordin dan dihantar kepada laman web dan kemudian mendakwa karyanya diciplak. Jika kemungkinan ini berlaku, pihak kami bercadang membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil mengikut kanun jenayah.

Walaupun Dr Nordin sudah memaafkan En Muhtar selepas beliau secara peribadi memohon maaf kepada beliau, imej UUM sudah tercemar oleh tindakannya. En Muhtar boleh memilih tajuk lain untuk menyatakan perkara yang sama, seperti tajuk yang digunakan sekarang dalam laman webnya `Karya Saya Diciplak, Mohon Penjelasan Islamhadhari.net. Beliau kelihatan berselindung di sebalik tajuk yang digunakan dengan mengemukakan tanda soal, seolah-olah Naib Canselor UUM yang melakukan.

Berikut disiarkan emel Dr Nordin yang dihantar kepada PRO UUM.

“Thanks for the good discussion. UUM’s PRO has rectified the situation and I’m most grateful to what they’ve done. I’m not too disturbed by some of the bad words used against me although that may create doubt about my personal integrity. My real worry is that, due to this confusion, UUM’s good name is going to be tarnished. It is very difficult to build an institution’s good reputation but it takes only a matter of seconds to destroy it. I fully believe that the problem sparked out of minor human error. I assure you that there’ll be Insya-Allah no reaction of vengeance from me as I was taught by many great men like Prophet Muhammad saw, Gandhi, Buddha et.al that the better person out of two conflicting parties is the one who is forgiving. I aspire to live up to this teaching while I must also admit that I’ve a lot of weaknesses as an ordinary human being. Muhtar used to be my friend and I sincerely hope that it will continue to be that way. He has all the good qualities to be a good leader in the future. Thanks again. Nordin Kardi.”

End.

DARIPADA :
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283006/3007/3014
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: