‘Buka cerita’ dalam percintaan

Apa yang perlu didedahkan dan dirahsiakan.

Tip cinta 22

Kecenderungan perempuan berbanding lelaki dalam pendedahan kendiri adalah lebih tinggi. Keadaan ini lebih banyak berlaku apabila berada dalam kelompok jantina yang sama.

Dalam membincangkan konsep pendedahan kendiri, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seorang lelaki terhadap apa yang ingin didedahkan untuk membentuk perhubungan dengan perempuan yang diminatinya. Antara faktor-faktor tersebut meliputi siapakah diri dirinya, budaya, jantina, kelompok pendengar dan topik yang ingin disentuh.   

Siapakah diri kita.

Lelaki yang berinteraksi dengan kita mungkin seorang yang mempunyai tingkat sosial tinggi atau rendah. Kedua-duanya mempunyai pengaruh terhadap topik yang dikongsi. Kebiasaannya, lelaki yang mempunyai kebimbangan dalam melibatkan diri dengan orang ramai mempunyai kadar pendedahan kendiri yang rendah. Mereka yang cekap mengurus dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi mempunyai kadar pendedahan kendiri yang tinggi kerana sikap yang sentiasa positif dan bersedia mengambil risiko.

Budaya

Budaya yang berbeza membawa kepada penafsiran pendedahan kendiri yang berbeza. Di Malaysia, secara umumnya, kita tidak gemar menceritakan perihal diri lebih-lebih lagi apabila melibatkan masalah peribadi terhadap orang lain. Sikap berahsia yang keterlaluan bermula sejak di bangku persekolahan lagi.

Pada tahun 2003, kajian menunjukan 20 peratus pelajar di negara Malaysia mengalami tekanan mental kesan daripada sikap suka berahsia yang keterlaluan.  Kita mungkin pernah menonton filem Buli lakonan Afdlin Shauki dan Nasha Aziz. Nordin, watak lakonan Afdlin menggambarkan sikap suka merahsiakan masalah sehingga hampir mencederakan diri dan orang lain sehinggalah dibantu oleh pakar psikitari, doktor Ika lakonan Nasha Aziz menggambarkan keadaan ini. 

Terdapat juga budaya yang melihat pendedahan kendiri melambangkan seseorang itu lemah. Masyarakatnya berdasarkan kajian Wheeles dan Grotz pada tahun 1977 mendapati masyarakat di Mexico sangat terbuka membincangkan semua perkara dalam keadaan positif begitu juga melibatkan pendedahan kendiri.  Jantina.

Kecenderungan perempuan berbanding lelaki dalam pendedahan kendiri adalah lebih tinggi. Keadaan ini lebih banyak berlaku apabila berada dalam kelompok jantina yang sama. Kita mungkin pernah mendengar istilah ‘pillow talk’ sehinggakan ia menjadi satu rancangan televisyen tempatan.

‘Pillow talk’ adalah keadaan di mana satu kumpulan wanita akan membicarakan pelbagai perkara dari bersifat umum kepada peribadi, keadaan ini berlaku asrama wanita atau kolej kediaman di kampus atau mereka yang menyewa serumah. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri untuk mengelak pendedahan kendiri.

Pendengar

Pendedahan kendiri lebih banyak melibatkan kumpulan kecil berbanding kumpulan besar. Antara kita dan pasangan adalah situasi yang sesuai untuk proses ini kerana anda berpeluang mendengar dan memberi respon yang lebih baik dan teliti. Kita boleh melihat perubahan yang berlaku kepada pasangan dan bersedia berhenti untuk berkongsi maklumat jika perlu.

Topik

Pendedahan kendiri turut dipengaruhi topik yang ingin disampaikan. Mungkin lelaki lebih suka bercerita tentang hobi dan pekerjaan serta hal ehwal semasa tetapi tidak mahu berkongsi masalah dan hidup. Si dia hanya menumpukan kepada maklumat yang disukai bukan sebaliknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: