Menjadi Penulis Bersama

Buku-buku perhubungan positif, kepimpinan positif dan segala macam urusan manusia yang positif dikategorikan sebagai psikologi positif. Saya sedang mencari penulis-penulis bersama bagi siri buku-buku bestseller seterusnya. Adakah saudara dan saudari berminat.

Emailkan contoh penulisan separuh A4 ke penulis@malaysia.com bersama biodata diri.

Bimbingan teknik penulisan akan diberi oleh penulis.

Fokus untuk tahun 2007 berkait rapat dengan

  • perkembangan individu dalam bentuk tip-tip

  • Cinta dan Perhubungan lelaki-perempuan dalam bentuk tip-tip

  • psikologi personaliti dalam bentuk tip-tip

  • kepimpinan bisnes dalam bentuk tip-tip

  • pengurusan, perhubungan dalam bentuk tip-tip

  • kekeluargaan dalam bentuk tip-tip

  • Lain-lain mengikut cadangan saudara dan saudari (sila nyatakan)

Bahasa yang digunakan menggunakan bahasa Melayu standard untuk orang awam. Jika ia bersesuaian untuk pasaran luar Malaysia maka ia akan memudahkan urusan penterjemahan semula. Gunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami tidak menggunakan perkataan-perkataan yang teknikal dan ‘kelas tinggi’ seperti implikasi, paradigma, eksperimentasi sebaliknya gunakan perkataan kesan, fikiran, ujian dan seumpamanya.

Matlamat kita agar buku-buku ini menjadi buku yang boleh dibaca walau di kampung-kampung dan mereka yang berpendidikan sederhana. Buku ini juga mesti mudah dibaca oleh kelompok umur 16 tahun ke atas.

8 Komen »

  1. holyorder said

    oklah, ni saya punya dulu…
    ——————
    Sabar : Kualiti Yang Sangat Dibutuhkan

    Dalam melalui liku liku hidup, kita sering kali berhadapan dengan cabaran dan halangan. Apabila perkara ini berlaku, Kita akan merasa “stres”, kehilangan sumber motivasi yang menggerakkan kita dan juga, kadangkala penurunan harga diri (self esteem) dan keyakinan diri. Di kala – kala ini, satu kualiti diri yang amat penting ialah sifat sabar. Sifat sabar membantu kita “bertahan” di saat saat genting itu, mengumpul sumber-sumber yang ada pada diri dan persekitaran kita, lalu menfokuskan untuk kita mengatasi permasalahan kita pada masa itu. Bukan itu sahaja sifat hikmah bersabar, ia juga merupakan “pendukung” kepada akhlak mulia yang lain.

    Satu kajian telah dijalankan di Stanford University sekitar tahun 1960-an yang berkaitan dengan kesabaran iaitu “Ujian MarshMallow”. Dalam ujian ini, sekumpulan kanak-kanak yang kebanyakan anak kepada penuntut-penuntut pasca ijazah dan tenaga pengajar dikumpulkan di dalam sebuah bilik. Mereka dijanjikan 2 buah MarshMallow jika mereka sanggup menunggu 15 minit sehingga petugas kembali ke bilik tersebut. Namun, jika mereka enggan, mereka hanya akan diberikan 1 buah marsmallow sahaja. Lebih kurang 1/3 daripada kanak-kanak kecil menunggu 15 minit sehinnga petugas kembali dan diberi 2 buah marshmallow, sementara selebihnya terus menerpa ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar “bertugas”, walaupun mereka tahu mereka hanya diperuntukkan 1 marshmallow sahaja.

    Kemudian, kedua-dua golongan kanak-kanak ini diselidiki setelah 10 tahun berlalu. Dan perbedaan yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini benar – benar ketara. Di satu pihak, kanak – kanak yang “menerpa” ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar membesar menjadi pelajar yang kurang positif. Mereka mudah ditangkap “stres”. diselubungi oleh perasaan curiga dan juga iri hati dan cemburu. Mereka menjauhi hubungan sosial dan dibebani perasaan ragu dan keras kepala.

    Di satu pihak lagi, kanak-kanak yang sabar menunggu sehingga petugas kembali, lantas mendapat 2 buah marsmallow menunjukkan peribadi yang sebaliknya. Mereka cemerlang dalam hubungan sosial, mempunyai attitud positif yang lebih baik, tidak surut di bawah beban stres, dan mempunyai keupayaan mengendalikan diri yang lebih. Mereka kurang tertekan, tidak mudah hancur peribadi dan juga tidak mudah menyerah kalah. Dari segi prestasi kedua-dua golongan ini juga berbeza. Dalam peperiksaan SAT juga berbeza. Golongan kanak – kanak yang kurang sabar hanya mendapat purata nilai markah 500 lebih sahaja untuk kepintaran linguistik dan matematik, tetapi golongan kanak – kanak yang sabar berjaya mendapat purata nilai markah 600 lebih! Nah, beginilah istimewanya individu yang sabar.

    “Hidup ini adalah suatu pembelajaran tentang konsentrasi”, begitulah kata-kata Confucius. Untuk melakukan apa-apa tugas, konstentrasi amat penting, bukan hanya untuk melengkapkannya tetapi untuk melaksanakan dengan teliti, menggunakan segala sumber yang anda ada seoptimumnya, dalam masa yang ditetapkan bagi menghasilkan karya yang terbaik. Dan apakah kualiti yang begitu dibutuhkan oleh seseorang individu yang ingin berkonsentrasi? Ya, benar. Itulah sabar

    Dalam sebuah temuramah stesen radio amerika terhadap seorang individu multi-billionaire (maaf, saya lupa nama individu multi-billionaire itu), hos rancangan itu bertanya kepada beliau “Bagaimana tuan boleh memperoleh kekayaan dan kedudukan tuan sebagaimana sekarang ini?”. Individu ini diam sebentar, kemudian menjawab. “Saya hanya melalui 2 proses utama. Pertama, saya tentukan matlamat tentang apa yang saya hendak. Kedua, saya jalankan usaha-usaha yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut”. Kemudian individu ini menyambung, “Kebanyakan orang yang saya kenal tidak pernah lepas peringkat pertama pun”. Benar, kebanyakan kita ada matlamat atau satu satu-satu sasaran yang kita ingin capai, tetapi kita jarang-jarang mengambil langkah untuk mengumpul sumber-sumber, berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Kadang kala, kita hanya berusaha apabila timbul mood atau momentum sahaja. Apabila surut mood dan berkurangnya momentum, kita juga “surut” bersama.

    Oleh itu, sifat sabar amat perlu bagi memastikan bahawa kita sentiasa memberi konsentrasi, konsisten disamping berusaha mengarungi cabaran serta halangan hidup. Kebolehan untuk kita bukan sekadar bertahan, tetapi berusaha untuk mengatasi keadaan adalah sesuatu nilai yang begitu penting dalam memastikan survival hidup anda. Apatah lagi dalam era yang berasaskan ilmu seperti masa kini; di mana masa depan adalah terbentang luas untuk orang – orang yang kompeten. Dan, apakah kualiti yang lebih elok untuk menjadi orang kompeten selain daripada bersabar dan berusaha?

  2. saya pun suka mengarang tapi nak buat buku bukan mudah dan lagi susah bila nak jual…lagipun karangan saya melibatkan rm50000…namun saya yakin ia sangat diminati nanti kerana rakyat malaysia sekarang suka pada pemikiran terbuka dan ada unsul ilmu masyarakat…selama 3 tahun saya mengarang dan fotokopy dan diedarkan pada kawan2 mereka ada yang menagis ketawa.dan ada yang membuat keputusan untuk kelahiran semula kehidupan..dan cetakan saya dicetak menjadi bahan bacaan para remaja dan orang tua40thun keatas.dimana mereka dapat merasai watak yang saya karang 1/BANDAR PUTERI 7/10 47100 PUCHONG SELANGOR KUALA LUMPUR

  3. aliman said

    Saudara dirahmati Allah,

    Elakkan daripada menghantar banyak e-mel pada satu-satu masa. Ia adalah spam. Matlamat tidak menghalalkan cara saudara.

    Buku apa yang sangat saudara yakini memberi kesan. Boleh berikan huraian lanjut?

    Insya Allah, menulis buku itu mudah jika tahu cara dan kaedahnya🙂

    Pengalaman kecil saya menghasilkan hampir 9 buah buku (4 sudah diterbitkan, 5 sedang menunggu giliran) dalam masa 1 tahun 6 bulan

  4. al_ghazali said

    saya berminat untuk menjadi penulis bersama..sy baru belajar nk menulis..tentu dpt blaja drpd penulis yg sedia ada…harap ada yg dapat membimbing…terima kasih!!

  5. Cara ini saya gunakan dalam menghasilkan buku secara cepat dan banyak. Ia diajar oleh Puan Ainon Mohd. Melalui bimbingan ini kita boleh hasilkan buku bersama lebih cepat!

    Kita akan mengadakan bengkel KJ METHOD. daftar di sini

    http://www.universitipts.com/?p=1680

    Tulis emel dan nombor hp saudara.

  6. al_ghazali said

    Jadikan penulisan sebagai universiti anda…

  7. taqeyyabella said

    saya berminat.

  8. miza said

    saya memang berminat untuk menjadi seorang penulis tetapi masalah saya tidak tahu bagaimana ingin menjadi penulis yang terbaik dan saya mempunyai hati yang tidak tetap dan takut menghadapi kenyataan.di harap dapatlah membimbing saya mengatasi masalah saya ini.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: