Pengantin warga emas dirai di pusat pemindahan

Pengantin warga emas dirai di pusat pemindahan

PONTIAN: “Segala persiapan sudah diatur lebih awal termasuk mengedar kad jemputan dan sukar bagi kami untuk menangguhkan tarikh perkahwinan,” kata Rahimah Mohd Yusof, 67, semalam.

Warga emas itu selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ahmad Jani, 64, di Masjid Jamek Bukit Panjang, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Yang jelas, banjir tidak menjadi penghalang kepada pasangan warga emas itu. Majlis perkahwinan tetap diadakan walaupun dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah mereka dinaiki air kali kedua.

Malah, mereka terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Panjang, di sini, bersama 151 mangsa banjir selain turut dihadiri lebih 500 jemputan termasuk saudara-mara pasangan itu.

Rumah Rahimah di Kampung Melayu, Bukit Panjang, di sini dinaiki air lebih semeter di paras pinggang sejak Jumaat lalu, menyebabkan beliau dipindahkan ke pusat pemindahan banjir itu.

Rahimah menjadi ibu tunggal sejak 12 tahun lalu dan mempunyai tujuh anak, 32 cucu dan 13 cicit manakala Ahmad, yang juga pesara Jabatan Pertanian daerah ini kematian isteri 10 tahun lalu, mempunyai enam anak dan 13 cucu.

Sebelum bertemu jodoh, pasangan terbabit dikatakan tidak pernah berjumpa dan diatur keluarga mereka dan bertunang pada Aidiladha lalu dengan hantaran RM1,000.

Ahmad berkata, dia gembira kerana dipertemukan jodoh dengan Rahimah, walaupun sebelum ini tidak pernah mengenalinya dan berharap perkahwinannya berkekalan.

Sementara itu, orang yang bertanggungjawab menguruskan segala persiapan perkahwinan itu, anak kedua Rahimah, Roslan Khamis, 42, berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga termasuk daripada keluarga sebelah lelaki, mereka akhirnya bersetuju supaya majlis perkahwinan diteruskan.

“Malah, mangsa banjir di pusat pemindahan turut bergotong-royong memeriahkan majlis perkahwinan ini,” katanya.

Harian Metro 15 Januari 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: