Apa itu cinta?

Cinta cuba ditafsir dan diberikan definisi sejak dari dahulu lagi. Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh sekitar 2000 sebelum Masihi. Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat sekitar 1300 dan 1000 sebelum Masihi, tamadun di Cina mencipta lagu-lagu cinta dan pertama kali didokumentasikan antara 1000 dan 700 sebelum Masihi. Ahli-ahli falsafah dan pemikir dari Plato ke Martin Luther, dari Kierkegard dan Nietzsche hinggalah Santayana dan Santre, masing-masing membawa interpretasi sendiri tentang apa itu cinta. 

Sehingga kini ia masih bersifat misteri dan kemampuan kita untuk mengetahui apa itu cinta tidak sepenuhnya. 

Tetapi dengan merasai kehadiran cinta, perkara itu tetap berlaku apabila timbul pada saat dan ketikanya. Lebih menakjubkan lagi, fanomena cinta kini dapat dilihat dengan pendekatan sains apabila para saintis mendapati cinta amat mempengaruhi biologi manusia,lebih-lebih lagi aktiviti otak. Bagi saya, cinta itu adalah tarikan emosi yang percaya kepada nilai-nilai terbaik dalam hidup yang dikongsi bersama pasangan berteraskan kepercayaan dalam memenuhi matlamat hidup bersama.

Bagi mengetahui apakah nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang dalam memahami erti cinta, kenalpasti apakah perkara-perkara penting yang dipercayai pasangan sebagai unsur-unsur dalam percintaan.

Setiap dari kita menginterpretasikan cinta dengan maksud pelbagai. Kita mewakilkan perkataan cinta dengan perkataan-perkataan lain seperti amanah, percaya satu sama lain, sedia berkorban, ikatan sepanjang hayat dan seumpamanya. Ambil kira perkataan-perkataan yang digunakan pasangan untuk menjelaskan maksud cinta dari kefahamanya. Perkataan-perkataan tersebut memberi gambaran awal jangkaan dirinya terhadap kita apabila sedang menjalinkan hubungan.

15 Komen »

  1. d'Akatsuki said

    hahahahaha adakah maksud cinta sejati sebegini mudah ……… tiada ungkapan dapat membawa definisi sebenarnya.

  2. aliman said

    Ia mudah sehinggalah kita mencipta kekeliruan

  3. SURIA HKK said

    CINTA ADALAH SUCI ANUGERAH DARI ALLAH UNTUK SELURUH MAKHLUKNYA SUPAYA KITA MENIKMATINYA DAN KEMBALI MENCINTAINYA…

  4. Mastyiah @ Ani said

    Cinta……hadir dalam kehidupan setiap manusia yang menikmati cinta tulus, ikhlas dan suci….

  5. aliman said

    Saudari Suria dan Ani mempunyai definisi cinta yang bagus😀

  6. Liya said

    cinta adalah sesuatu yg sukar utk d.mengerti..cinta yg tulus lahir dari hati dan kita akan sentiasa mencuba utk melindungi,menyayangi,menghormati,dan sntiasa ingin mnjga hatinya..ttpi apa bila cinta d.khianati itu adalah pengalaman pling mnyakitkn hingga ia boleh merubah presepsi seseorg tntang kehidupan

  7. broken heart said

    terlalu byk definisi cinta…
    bahkan budak skolah rendah pn boleh mentakrifkannya….
    cinta itu suci bila ia lahir dari hati yg ikhlas…..
    biarlah hati shja yg menilai betapa agungnya cinta…….

  8. Zamri Mohamad said

    Definisi yang saya paling suka tentang cinta:

    Cinta ialah hubungan hati untuk mendapat redha Allah😀

    Cintaku dan cintamu untuk Cinta yang SATU🙂

  9. zara isz said

    love is like an art..
    we have to be creative to create it…

  10. zara isz said

    cinta juga memerlukan sixth sense n keyakinan terhadapnya…
    kalo Tuhan memang dah tunjuk jalannya..redha..yang penting jangan tipu diri sendiri….

  11. sha said

    cinta tu lahir dari dalaman kita sendiri. yang paling utama cinta kpd tuhan. coz kita akan rasa tenang n tak mcm kita cinta kpd kekasih kita. cinta kt manusia ni susah sikit sebab perlukan kesetiaan, kejujuran dlm perhububgan. bila2 masa je kita boleh berubah kalau cinta kpd manusia.

  12. SU said

    bagi pendapat saya cinta sejati yang sebenarnya adalah cinta yang berkekalan hingga ke akhir hayat.. bukan mudah untuk mempertahankan cinta yang terbina sejak azali lagi… tiada kekal, tiadala cinta sejati…

  13. SU said

    bagi pendapat saya cinta sejati yang sebenarnya adalah cinta yang berkekalan hingga ke akhir hayat.. bukan mudah untuk mempertahankan cinta yang terbina sejak azali lagi… tiada kekal, tiadala cinta sejati… tiada cinta sejati, tiadala kekal…

  14. al_ghazali said

    Cinta itu fitrah penuh dengan kesucian dan keindahan…jangan pula dicemari dan dinodai kesucian dengan fitnah dan noda-noda hitam.

  15. Apa bahan bacaan yang saudara selalu baca atau gemar baca. Mungkin ada tajuk-tajuk buku bahasa Melayu, Arab atau Inggeris yang menjadi kegemaran?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: