Elakkan cerita-cerita kekasih lama dalam perbualan.

Bercerita tentang lelaki lain dalam hidup yang pernah menjadi kekasih sebelum mendirikan rumahtangga menimbulkan cemburu pasangan. Lebih-lebih lagi apabila cerita-cerita berkaitan kelebihan-kelebihan teman lelaki akan menjadikan pasangan lebih terasa dirinya dibanding-bandingkan. Bukan semua orang suka dijadikan perbandingan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Membandingkan kelebihan seseorang dengan kekurangan orang lain adalah tidak adil. 

Lebihkan kepada keunikan pasangan, seandainya ingin sesuatu daripada pasangan jangan disebut nama kekasih terdahulu dan perbuatan-perbuatan baiknya dengan harapan pasangan  akan melakukan perkara yang sama. 

Tidak semua lelaki gembira mendengar pasangannya bercerita tentang kekasih lamanya. Meskipun seseorang bertindak ikhlas untuk tidak menyorokan pengalaman-pengalaman hidupnya dari pasangan dan cuba bertindak jujur untuk hidup bersama, tetapi cerita-cerita kekasih lama berkemungkinan memberikan satu persepsi yang berbeza dalam minda lelaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: