Kuatkan tiang-tiang cinta

Cinta tidak berdiri dengan logik akal semata-mata dan gerakan emosi yang kosong. Ia ada komponen tersendiri sebagai kuasa pengawal. Dalam membentuk asas cinta, tiangnya adalah akal, akhlak dan agama yang berdiri bersama.  

Untuk membina cinta dalam lingkungan agama, kita tidak lari dari membicarakan tentang iman. Iman adalah sumber segala sesuatu sebagaimana disebutkan Hamka sebagai sumber kekuatan hati, sumber keindahan pada penglihatan mata. 

Akal menyedarkan hati untuk mencari cinta yang positif, cemerlang dan bermotivasi ke arah kebaikan. Bukan bercinta kerana orang lain bercinta. Maka ia tidak ubah seperti menjadikan cinta seperti satu pertandingan. Cinta yang dijadikan pertandingan seolah-olah untuk membalas dendam ke atas seseorang dengan memiliki insan yang dahulunya mungkin pasangan orang lain. Sekadar untuk menunjukkan diri sudah menang untuk menguasai hati orang lain. 

Cinta yang diteguh bersama akal akan memilih perkara-perkara yang memanfaatkan dan menjauhi perkara yang menyakitinya. Dia memilih mana yang lebih baik walaupun sulit jalannya berbanding yang mudah diperolehi tetapi pengakhirannya menyeksakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: