Setiap perkataan membawa kesan mendalam kepada yang dicintai

Kajian mendapati perkataan yang digunakan ketika berkomunikasi memberi impak emosi yang berbeza. Ada perkataan yang memberi impak mendalam terhadap pasangan. Kerana perkataan, lelaki sanggup memberi apa sahaja kepada orang yang dicintai. Malah dengan perkataan juga lelaki mudah berjauh hati dan hilang rasa sayang sedikit demi sedikit.

Misalnya, perkataan perlu dan kenapa. Apabila digunakan perkataan perlu secara kerap kepada lelaki, ia seolah-olah berbentuk arahan, suruhan dan tuntutan. Lelaki mudah tertolak dengan perkataan yang menyuruh-nyuruh. Begitu juga dengan menggunakan perkataan kenapa. Apabila kerap digunakan dalam dialog perhubungan, perkataan ini memberi gambaran mempersoalkan keputusan dan keupayaanya.

Gunakan perkataan-perkataan yang membetuk persepsi lelaki bahawa dirinya berkemampuan, dipercayai, boleh bertindak dan sangat kredibel. Perkataan-perkataan yang menghargai dirinya dan setiap perbuatan yang dilakukannya untuk menjaga hubungan secara langsung memotivasikan lelaki untuk memberi lebih lagi. Lelaki akan seronok untuk mengulang-ulang perbuatan tersebut apabila ia jelas kelihatan di mata pasangan dan kata-kata yang menyokong perlakuan tersebut. 

Meskipun ia tidak mencapai standard pasangan, kata-kata pujian, ucapan terima kasih dan seumpamanya menjadi sebab untuk lelaki mencari-cari cara untuk memberi yang lebih baik pada waktu akan dating untuk mendapat ganjaran positif melalui kata-kata perempuan. Lelaki boleh menjadi sama ada pahlawan yang hebat di mata yang dikasihi atau orang tewas yang tidak berdaya hanya kerana kata-kata yang timbul dari bibir perempuan yang dicinta.

2 Komen »

  1. karina said

    betul ke macam tu? saya rasa saya sudah salah berkomunikasi dengan pasangan saya kerana kerap menimbulkan kemarahannya. dulu si dia amat menyayangi saya dan sekarang seolah2 membenci saya kerana setiap kata dan pertuturan saya tidak disukai oleh dia. saya seringkali meminta maaf dengan dia..dan menurut dia usah meminta maaf lagi sebab dia sudah muak mendengarnya. selepas itu saya akan mengulangi kesilapan yang sama.

  2. SU said

    Patutla mcm tu…….. pasangan sya seringkali melarikan diri daripada menjawab soalan yang saya tanya. kerana seringkali sya bertanyakan kenapa untuk sesuatu soalan yang sya x puas ati pada diri dia. setiap kali kami bergado, sya juga yang terpaksa meminta maaf. tetapi kalo sya x tanya, sya x tau knapa dia uat semua perkara tu. itu menyebabkan timbulnya rasa tak puas ati dalam diri sya…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: