Tikar Mengkuang Hamparan Bulu persoal sistem hierarki berdarjat





Oleh ZAMRI MOHAMAD

Dalam debaran menunggu kelahiran cucunya, waris kepada keturunan Demang yang kaya raya, Pak Desa seorang petani miskin dan anak kampung dikunjungi oleh beberapa orang tetamu yang muncul untuk persiapan majlis menyambut kelahiran tersebut.

Seluruh isi rumah Pak Desa dikemas dan diubah demi keselesaan Tuan Besar Paduka Demang yang akan hadir pada majlis tersebut nanti. Namun begitu, manusia hanya mampu merancang. Hanya Tuhan yang menentukan segalanya.

Apakah yang akan terjadi jika kelahiran itu ditangguhkan? Sampai bila seseorang mampu menahan kuasa tuhan?

Itulah persoalan yang ditujukan kepada para penonton sepanjang dua jam persembahan teater Tikar Mengkuang Hamparan Bulu di auditorium utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sepanjang minggu Nusantara anjuran Kelab Teater UIAM.

Teater ini memaparkan dilema dan kepayahan yang timbul apabila anak gadis Pak Desa, Intan dilamar oleh Demang Putera yang datang dari keluarga bangsawan keturunan Demang.

Penerimaan lamaran ini menjadikan keseluruhan hidup Pak Desa berubah apabila corak hidupnya yang sederhana menjadi begitu rumit apabila terpaksa mengikut telunjuk para penasihat Demang yang menginginkan segala-galanya mengikut cara hidup bangsawan.

Pertentangan dan cabar-mencabar kuasa antara manusia berdarjat dan aturan fitrah tuhan ditonjolkan dalam persembahan teater ini.

Saat kelahiran cucu pertama Pak Desa dan Demang menjadi insiden yang menyaksikan bagaimana manusia yang terlalu obses dengan kuasa sanggup mencipta aturan sendiri dengan cuba mendesak para pembantunya melewat-lewatkan kelahiran tersebut semata-mata hendak menjaga protokol yang disusun.

Ketidakhadiran Demang yang hanya diwakili oleh isterinya pada saat-saat akhir, Datin Paduka Demang berakhir dengan kematian cucu pertama mereka bersama-sama menantunya.

Kemunculan Jabor saudara kepada Pak Desa membawa nilai yang jauh berbeza dengan kepercayaannya bahawa si miskin tidak perlu menjadi si kaya untuk diterima menjadi sebahagian daripada mereka.

Jabor diibaratkan pengkritik kepada penciptaan pengkelasan manusia yang jelas memisah-misahkan nilai-nilai homofili moral manusia yang sepatutnya menjadi tali pengikat terhadap semua perbezaan.

Tikar Mengkuang Hamparan Bulu secara simbolik menyindir sistem hierarki sosial masyarakat berkasta yang masih diamalkan dalam dunia moden.

Jenaka-jenaka dengan mesej yang mendalam menerjah pemikiran para penonton akan kewajaran dan logika disebalik ciptaan hukum manusiawi yang menguntungkan sebelah pihak dan menekan pihak satu lagi.

Berpijak pada bumi yang nyata dan kembali kepada realiti semasa menjadi isu pokok yang cuba dirungkaikan dalam mengasimilasikan kehidupan antara dua strata masyarakat.

Soalnya, perlukah tikar mengkuang yang menjadi alas dan teman selama hidup perlu dibuang semata-mata untuk hamparan berbulu yang menjadi gantinya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: