Membina kredibiliti penulis di kalangan senior atau orang lama

Nota: Kelas Penulisan Majalah Lanjutan Kelab Kreatif Janda Baik 2007

Membina kredibiliti penulis di kalangan senior atau orang lama

Bagi menjadi penulis bebas yang disukai dan disayangi oleh orang sekeliling, kebijaksanaan insani (people wise) amat penting. Ia amat penting lebih-lebih lagi apabila saudara bergaul dan baru berkenalan dengan mereka yang senior dan jauh lebih berpengalaman dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.

Ingat asas ini. Penulis bebas ialah individu yang membina kepandaian bukan menunjuk pandai!

Bagaimana seorang penulis bebas hendak diterima oleh orang-orang lama apabila bertemu buat pertama kali?

  • Apabila saudara baru pertama kali menyertai kumpulan mereka. Rendahkan hati dan diri. Datanglah sebagai individu yang ingin belajar dari mereka. Contohnya, saudara hadir dalam kumpulan mereka. Ketika itu mereka sedang mengikuti kelas pengajian laman web dari seorang yang berketrampilan dan berpengalaman dalam bidang itu. Elakan dari kata-kata seperti:

 “Oh, saya pernah belajar membina blog dan laman web di tempat saya dahulu.”
 “Membina blog dengan WordPress? Oh saya sudah tahu.”
 “Macam pernah belajar. Mudah sahaja.”

  • Apakah kesan dari kata-kata seperti ini. Ia membina persepsi yang kurang elok dan kurang mesra di kalangan peserta (yang mungkin lebih tua dari saudara) dan dari tenaga pengajar sendiri.

Mengapa?

Saudara seolah-olah memberi mesej bahawa saudara tahu segala-galanya, merendah-rendahkan peserta lain, menunjukkan saudara serba tahu berbanding pengajar, menampilkan diri saudara setara dengan pengajar atau sebenarnya saudara tidaklah tahu banyak mana, tetapi hendak menyembunyikan kekurangan saudara dengan ayat-ayat di atas.

  • Mungkin ada yang menafikan dengan berkata, “Tetapi kata-kata saya tidak berniat begitu. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya sahaja.”

Benar, kita berniat baik untuk berkongsi. Tetapi siapakah di kalangan peserta senior dan pengajar mengenali saudara, sedangkan saudara baru pertama kali bersama dalam kelas mereka.

  • Jadi apa kesannya kepada penulis bebas seperti saudara?

Saudara akan kehilangan ilmu yang sepatutnya saudara dapat dari mereka. Persepsi mereka terhadap kata-kata saudara menjadikan mereka bercadang untuk tidak berkongsi apa-apa dengan saudara pada masa akan datang. Boleh jadi apa yang mereka berikan itu sangat penting untuk kemajuan saudara sebagai penulis bebas.

Siapa yang rugi?

  • Apabila pertama kali memperkenalkan diri kepada kelompok orang-orang lama dalam program mereka. Cukuplah sekadar memperkenalkan diri secara sederhana. Apabila saudara memperkenalkan diri seperti ini,

“Saya Muhammad Abu Bakar bin Sayuti. Pelajar dan penulis bebas. Saya kini bekerja secara sambilan di jabatan perhubungan media. Saya juga merupakan editor, penulis dan jurufoto bagi sebuah penerbitan. Saya terlibat dengan projek itu dan ini. Saya mempunyai mentor bernama itu dan ini sehinggalah akhir…..”

Apa reaksi mereka?

Mereka mengagumi saudara. Jika ini andaian saudara, salah!

Mereka bakal mengasingkan diri dan ilmu dengan saudara.

Mengapa?

  • Rasa kagum dan hormat sangat berkait rapat dengan sikap rendah diri dan suka belajar dari orang lain. Apabila memperkenalkan diri buat pertama kali dengan kelompok orang lama dengan gaya sebegini, saudara seolah-olah memberi mesej bahawa ingin menunjuk-nunjuk kehebatan diri, ingin menjadi guru kepada mereka dan pesaing mereka. Sekali lagi saudara bakal kehilangan benda penting dari orang-orang lama ini. Ilmu dan pengalaman mereka yang tidak saudara temui dalam mana-mana buku teks.
  • Lebih bahaya lagi apabila persepsi tersebut dikaitkan antara satu sama lain. Misalnya

Persepsi A: Oh dia mentor dia A bin B. Patutlah sifatnya begitu. Mentornya ajar begitu

Persepsi B: Dia kerja di situ. Jadi dia ingat di bagus sangatlah bekerja di tempat besar. Kami ini tidak ada apa-apalah?

Persepsi C: Jadi dia kerja jadi penulis, editor, jurugambar dalam penerbitan dia boleh buat semua bendalah. Entah-entah dia tidak dapat memimpin kumpulan sendiri, jadi itu sebab buat sendiri.

  • Penulis bebas amat bertanggungjawab membawa nama baik, institusi dan organisasi yang disebutnya. Maka melihat semula pendekatan memperkenalkan diri buat kali kedua amat penting. Kata orang melayu, berfikir sebelum bercakap.
  • Dengan pengenalan diri secara ringkas, ia membentuk misteri. Mereka dengan sendiri ingin mencari-cari cara untuk mengenali diri anda. Apabila menjelajahi diri saudara dengan cara mereka tanpa perlu saudara bersusah payah bercerita tentang kisah hebat saudara, mereka dengan sendiri akan kagum, hormat dan sedia berkongsi pengalaman mereka setelah menyedarinya.

“Saya Muhammad Abu Bakar bin Sayuti. Pelajar dan penulis bebas. Tetapi saya amat berbesar hati bertemu dengan tuan-tuan di sini. Harap dapat bimbing saya dengan pengalaman saudara.”

  • Saudara sudah mengetahui kekurangan mereka meskipun mereka orang-orang lama. Pelajari kekurangan mereka, cari kekuatan mereka. Cukuplah untuk saudara sahaja tahu kekurangan mereka. Berbincang tentang kelemahan orang lain ada baik dan buruknya. Baiknya saudara faham mengapa kelemahan itu timbul dan berhati-hati. Buruknya apabila saudara menjadikan ia hiburan dalam perbualan.
  • Bertanya adalah pendekatan menunjukkan kerendahan hati dan minat terhadap orang. Sebelum saudara bertanya. Lihat semula bagaimana gaya soalan saudara dan intonasi yang digunakan. Salah susun soalan dan intonasi yang tidak sesuai, ia akan kedengaran seperti soalan gaya menyindir atau menidakkan kemampuan orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: