Ilmuan Pendesak

Ilmuan Pendesak

Sebuah motor semakin laju mengekoriku dari belakang. Kemudian penunggangnya memberhentikan motornya di tepiku. Selepas memberi salam dia bertanya, “Awak menuliskan?”

Aku menjawab, “Ya.”

Dia yang aku kenali bertanya di ruang manakah aku berkarya. Selepas memberi jawapan dia bertanya lagi, “Ruangan mana yang kalau menulis terus dapat duit?”

Aku tidak menafikan berkarya merupakan ruangku menjana pendapatan. Tetapi apabila orang datang kepadaku secara tiba-tiba dan bertanya dengan soalan seperti ini aku akan naik angin. Entah kenapa aku mudah naik angin. Akhirnya aku jawab, “Menulis sekadar hendak dapat duit sahajakah?”

Dia tersengih-sengih.

Itu cerita tiga tahun lalu. Aku kenal dia dengan semangat usahawan beliau yang tidak putus-putus di kampus. Perkhidmatan sewa kereta, membaiki komputer, kad pra bayar sehinggalah khidmat cucian automatik semuanya dibuat.

Tahun 2007 terjadi lagi. Kali ini seorang pensyarah bertaraf doktor bahasa. Kali pertama dia berjumpa denganku setelah majikanku meminta aku menemuinya.

Rupa-rupanya beliau bercadang hendak menulis di akhbar tentang ilmu Islam secara bersiri. Setelah disemak-semak sebelum ini beliau pernah menulis sekitar tahun 1990an. Beliau berhenti kerana kekangan tugas dan pengajian.

Hairan aku apabila semangat beliau hendak menghantar siri penulisan menjadikan aku seperti pekerjanya sepenuh masa. Apa tidaknya, aku mencadangkan pensyarah ini menghubungi editor yang terlibat dan memberikan email untuk beliau menghantarnya. Alih-alih aku disuruhnya. Aku pernah mencadangkan agar beliau menghantar ke majalah kerana artikel yang dihantarnya sudah mempunyai versi yang hampir sama dalam akhbar tersebut. Tetapi dia inginkan secara mingguan dan tidak mahu bulanan (banyak pula permintaan).

Sebelum beliau pergi haji, belaiu sempat bertanya, “Hantar ke editor akhbar ini akan dibayar tak? Jangan tak bayar….”

Sekali lagi peristiwa tiga tahun lalu terjadi. Dahulu pelajar, sekarang pensyarah ilmu Islam pula. Aku terkedu dengan permintaan sebegini dari seorang ilmuan yang gajinya aku kira lebih satu digit dari aku (****).

Selepas balik haji, beliau menghubungi aku. Beliau meminta agar dilepaskan 30 siri artikel ilmu Islam tersebut. Aku tidak boleh memberi jaminan dan menerangkan ia bukan bidang kuasaku. Tak cukup dengan itu, beliau membuat permintaan yang sama dengan majikanku. Kami hanya tersenyum sahaja.

Tadi, beliau menghubungiku. Aku mengatakan masih belum ada respon. Masih hendak mendesak. Bertanya sama ada aku boleh melepaskan siri artikelnya dengan menggunakan kabel. Aku berkata, “Saya sendiri menghantar melalui email seperti orang lain.”

Selepas itu, jawabnya, “Tak apalah, assalamualaikum.”

Salam yang melepaskan batuk di tangga.

Maaf Dr Ilmuan Islam, sangat kurang budinya, tidak setara ilmunya jika terus bersikap begini.

Apa yang hendak aku lakukan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: