Magnet Cinta

Terbit 31 Januari 2007

Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan.

Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus menyintai diri. Kemudiannya bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses ‘penaklukan’ cinta seorang lelaki.

Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk ‘kad-kad cinta’ yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri.

3 Komen »

  1. slaywinter said

    Inche Zamri. Tahniah dengan ka-lahiran sa-buah lagi judul baharu!

  2. Amiene Rev said

    Ada tak tips menghadapi bilangan sang pencinta yang ramai…?

    Hati kini dilanda gundah gulana….

  3. mira said

    salam bang zamri..

    satu demi satu buku mengenai tema dan persoalan yang sama dihasilkan kan? perkembangan idea yang bagus. macam mana buat ya?

    anyway, teruskan usaha. moga terus sukses.

    [boleh jadi mentor]🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: