Penulis dan blog.

Suka atau tidak, penulis yang bermula tahun 2000 ke atas wajib mempunyai blog. Ini adalah salah satu cara untuk para penulis muda berkarya secara konsisten dalam apa jua bahasa di mana jua. Pendekatan penulis dahulu dan kini jauh bezanya sejauh perbezaan mesin taip dan komputer.

Saya dahulu memulakan pengkaryaan dengan mesin taip jenama Olympia pada tahun 1997 ketika tingkatan empat. Acapkali gelung karbon perlu ditukar dan untuk memastikan saya mempunyai salinan, sehelai kertas karbon hitam diletakkan di belakang naskhah asal. Lucunya, apabila menaip perkataan dengan huruf-huruf seperti a,o dan b, pasti ia akan menghasilkan lubang kerana tekanan yang terlalu kuat. Mujurlah komputer tidak menghasilkan kesan seperti itu.

Mengapa saudara dan saudari memerlukan blog?

Saya kira ini adalah alasan-alasan yang mewajibkan keperluan ini.

1. Ia bertindak sebagai diari maya saudara. Jika saudara seorang pelajar, pekerja atau apa sahaja, blog menjadi tempat untuk merekodkan segala kenangan lucu dan sedih, tip-tip yang dipelajari dari hidup atau sebagai tempat menyimpan idea yang disampaikan oleh orang lain.

2. Setiap entri blog mempunyai ruang untuk para pengunjung memberi komen. Komen-komen ini sangat penting untuk melihat sejauh mana mesej yang ditulis sampai. Ia juga menjadi ruang terbuka untuk saudara dan saudari mempelajari benda-benda baru dari para pengunjung. Jangan terkejut jika komen-komen tersebut mempercepatkan kemahiran saudara dan saudari.

3. Blog adalah tempat saudara dan saudari mengurus idea. Penulis yang berjaya adalah penulis yang boleh mengurus idea dengan baik. Tahukah saudara dan saudari, saya mempunyai lima buah blog. Blog Motivasi Minda yang menggunakan sistem WordPress ini adalah ruang saya berinteraksi dengan para pembaca buku di seluruh Malaysia dan mengurus acara-acara rasmi serta jemputan. Blog Motivasi Mindamu ialah blog peribadi saya yang banyak menyentuh kisah hidup serta artikel-artikel saya berada di sana sebelum dihantar ke media cetak. Beberapa blog lagi ialah tempat saya menyimpan bahan-bahan dari pelbagai sumber di internet untuk tujuan penghasilan buku. Sejak memiliki blog, ada sahaja bahan terbaru saya boleh ulang pakai untuk menulis di majalah dan untuk buku-buku.

4. Blog adalah tempat bagi mentor penulisan saudara dan saudari bertemu dan berinteraksi. Kajian mendapati kejayaan para penulis sangat berkait rapat dengan hubungan penulis dengan mentornya. Sekiranya saudara dan saudara mempunyai blog, maka di situlah mentor saudara boleh singgah dan memberi tip-tip serta bertanya khabar.

5. Blog adalah tempat menyimpan cerita manusia. Baik buku atau majalah, cerita-cerita manusia adalah kekuatan yang tidak dinafikan boleh memikat pembaca. Artikel yang terlalu bermain dengan fakta dan penerangan cukup membosankan. Adakah saudara dan saudari ingin menjadi penulis yang membosankan?

6. Blog adalah tempat melatih diri bermain bahasa. Saya terus terang katakan, tatabahasa adalah kelemahan saya. Tetapi blog menjadikan saya bereksperimen dengan susunan ayat, melodi dan alunan lagu dalam penulisan saya. Bagi mematangkan penulisan ialah dengan menulis secara konsisten. Tetapi jangan gunakan bahasa pasar. Gunakan bahasa Melayu yang standard.

Jika saudara serius dengan penulisan, ingin menjadikan bakat saudara dan saudari sebagai karier pada masa akan datang, meletakkan diri saudara dan saudari di kedudukan yang mula dikenali pembaca. Saranan saya, miliki dan penuhi blog secara kerap (bukan sebulan sekali!)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: