Saya Tidak Ada Apa-Apa Untuk Menulis

Saudara saudari dirahmati Allah

Ada beberapa alasan yang secara senyap akan membunuh kemampuan kita sebagai penulis bebas. Berhati-hati dengan segala alasan yang diberikan. Kita berkemampuan untuk menghasilkan sesuatu jika kita merancang untuk berjaya dan bukan merancang untuk gagal. Jika ada antara saudara dan saudari pernah membaca buku saya, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, saya pernah menyenaraikan beberapa alasan popular penulis yang berbakat yang mensabotaj kejayaan mereka.

1. Saya tidak ada masa.
2. Saya banyak kerja.
3. Saya tidak ada alatan yang sesuai.

Berhati-hatilah dengan alasan. Alasan adalah cara untuk kita melepaskan diri dari sesuatu tetapi ia tidak memperkembangkan diri kita. Ketika saya bertugas di siaran Islam pertama, MITV Ansar, antara arahan yang diberikan oleh majikan saya iaitu saudara Jef Hazimin, penulis lirik Nabi Anak Yatim nyanyian Raihan ialah,

“Saya hendak awak carikan bahan-bahan ini. Kalau tidak jumpa, buat sampai jumpa.”

Dalam realiti bekerja, jika saudara dan saudari memberi alasan ia memberi peluang untuk saudara-saudari kelihatan tidak layak bekerja dengan organisasi, memendekkan peluang menaikkan pangkat dan gaji dan memberi label PKU (Pekerja Kurang Upaya) di hadapan rakan-rakan sekerja.

Ayah dan ibu kita adalah contoh terbaik. Mereka mengajar kita agar tidak menjadi lemah dengan perkara kecil. Ibu dan ayah kita sedaya upaya memenuhi permintaan kita atau setidak-tidak hampir kepada permintaan tersebut. Cuma hasilnya sama ada cepat atau lambat. Jadi kita sebagai anak kepada ibu dan ayah kita, perlukah kita memberi alasan dan apakah label kurang upaya yang ingin tonjolkan kepada mereka?

Percaya atau tidak, komputer pertama yang saya gunakan berkarya adalah komputer makmal di kampus. Saya tidak tahu apa-apa tentang komputer melainkan cuba-cuba di makmal komputer. Sekurang-kurangnya saya meluangkan sejam seminggu untuk menulis. Kemudian kerana keperluan mendesak, saya memiliki komputer terpakai berharga RM200. Sebabnya, jumlah pinjaman saya tidak sampai RM1000 setiap tahun. Komputer RM200 dengan monitor berwarna hijau itu telah menghasilkan puluhan artikel, surat pembaca dan 8 buah buku. Tidak lama lagi ia bakal bertukar.

Berapakah harga komputer saudara dan saudari. Apakah perkara hebat yang telah dihasilkan oleh komputer tersebut?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: