Lelaki tua berharta jamin keharmonian

Berita Harian 15 Feb 2007
Lelaki tua berharta jamin keharmonian
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengakui memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup untuk menjamin keharmonian rumah tangga berkekalan, kerana mereka itu mampu memenuhi keperluan material dan lebih matang.

Mereka menyifatkan mengahwini lelaki berusia dan berharta menjadi idaman kerana mereka itu mampu memberikan kemewahan segera, sekali gus dapat mengubah cara hidup.

Pelajar Diploma Multimedia Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tengku Norhashimah Tengku Abdul Aziz, 19, berkata memilih lelaki berusia dan berharta lebih menjamin masa depan rumah tangga kerana mereka lebih matang dan rasional menyelesaikan masalah.

“Mengapa saya perlu memilih kesusahan, sedangkan kesenangan boleh diperoleh dengan membuat pilihan hidup yang tepat. Saya tidak kisah kalau bakal suami seusia ayah saya, asalkan dia menepati kriteria seperti yang diidamkan,” katanya.

Kembarnya yang mengikuti pengajian Diploma Multimedia UniKL, Tengku Noraziari Tengku Aziz, 19, berkata memilih lelaki muda seperti mempercaturkan kehidupan kerana mereka belum cukup dan tidak mempunyai karisma sebagai pemimpin.

“Ini tidak bermakna lelaki muda tidak boleh dijadikan suami. Kalau ada ‘jerung besar’ buat apa nak pilih ‘ikan bilis’. Hubungan dengan cinta saja tidak akan ke mana kerana kita tidak boleh menafikan wang juga punca kebahagiaan,” katanya.

Kelmarin akhbar ini melaporkan satu kajian Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mendapati majoriti pelajar wanita IPT lebih suka memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup kerana mahu mencari kemewahan segera.

Bekas pelajar Falkulti Sains, Universiti Malaya (UM), Nuzulrina Osman, 25, pula tidak menolak jika bertemu pasangan jauh lebih tua daripadanya, asalkan bakal suaminya dapat memberikan kebahagiaan.

“Kita bukan hidup pada zaman ‘Romeo dan Juliet’ yang ketika itu cinta adalah segala-galanya. Keadaan masyarakat yang memuliakan golongan berharta mendesak wanita membuat pemilihan lelaki berharta biarpun usianya sudah menjangkau separuh abad,” katanya.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Rubiah Kulop Hamzah, berkata pendirian pelajar IPT itu menyaksikan masyarakat kini menuju kepada zaman materialistik dan individualistik.

Beliau berkata, ia mencerminkan ketempangan institusi masyarakat, yang sekali gus menyebabkan permasalahan lain termasuk budaya tidak mahu berkahwin di kalangan lelaki muda semakin bertambah dan menyebabkan gejala sosial seperti perempuan simpanan berleluasa.

“Kebanyakan lelaki berusia yang kaya ini sudah beristeri. Mungkin hasrat mereka untuk menambah isteri baru mendapat tentangan banyak pihak.

“Justeru, cara paling mudah jadikan wanita muda yang obses dengan harta kekayaan ini sebagai perempuan simpanan untuk memuaskan nafsu. Lelaki muda pula akan hilang keyakinan untuk berumahtangga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad tidak bersetuju dengan kajian berkenaan dengan menyifatkan ia hanya dijalankan di tiga IPT saja, tetapi disimpulkan sebagai pendirian majoriti penuntut IPT seluruh negara.

4 Komen »

  1. arip_88 said

    assalamualaikum..
    saya x bersetuju..!
    itu adalah perkara yg paling saya tidak suka..!

  2. Zamri Mohamad said

    Waalaikum salam

    Mungkin saudara boleh panjangkan lagi pandangan saudara tentang isu yang tidak dipersetujui ini😀

  3. firdaus said

    Tak salah nak cari pasangan yang lebih berusia serta berharta. tetapi ada beberapa perkara yang perlu direnungkan bersama. katakan seseorang individu itu dikelaskan sebagai berharta, dari manakah sumber harta itu diperolehi? Kalau sumber yang halal serta tidak diragui, alhamdullilah. kalau sebaliknya…… adakah lelaki yang berusia ataupun berharta boleh dikategorikan sebagai matang, sebagaimana yang didakwa oleh pelajar yang ditemubual? perkara seperti ini terlalu subjektif untuk dinilai dengan mata kasar. Dalam hal ini, adakah yang ditemubual itu boleh kita kategorikan sebagai matang dengan menolak istilah “cinta” daripada kamus hidup seseorang? Bukankah istilah cinta ini mempunyai maksud serta pengertian yang terlalu luas sehingga ia turut digunakan di kalangan ulama2 serta ahli falsafah Islam. Menolak istilah “cinta” seakan mengkhianati naluri semulajadi yang sedia ada semenjak Adam diciptakan. Harus diingat, Hawa sanggup berhadapan dengan pelbagai kesusahan serta keperitan selepas sama2 diturunkan ke bumi. begitu juga hajar, yang mengendung Ismail dari safa ke marwah di bawah terik sinaran mentari. bagaimana pula kita dapat lahir dan hidup di dunia ini jika ibu bapa tidak kasih serta cintakan kita?

  4. aliman said

    Saya memetik pandangan Leo Buscaglia, beliau mengatakan satu perkara menyedihkan apabila manusia mula mendefinisikan cinta dengan merujuk keoada harta benda, ia menunjukkan bermulanya dunia kapitalis dan materialistik dalam memberi ukur cinta.

    Harta banyak = cintaku banyak
    Harta sedikit = cintaku kurang

    Harta itu alat, bukan matlamat.

    ZAMRI MOHAMAD

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: