Pelajar IPT pilih lelaki berusia, berharta

Berita Harian 15/2/7
Pelajar IPT pilih lelaki berusia, berharta
Oleh Fadzlena Jafar

KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati majoriti pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) lebih suka memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup kerana mahu mencari kemewahan segera.

Kajian Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membabitkan 1,050 pelajar di tiga IPT, mendapati kira-kira 65 peratus responden berusia antara 21 hingga 28 tahun memilih lelaki kaya berusia 40 hingga 50 tahun.

Sebanyak 12 peratus lagi responden sanggup berkahwin dengan lelaki kaya berusia 51 hingga 60 tahun.

Kajian yang dijalankan Pensyarah Kanan Uniten, Dr Rusinah Siron dan Sabariah Siron itu juga mendapati 70 peratus responden percaya pemilihan lelaki berusia dan berharta akan mengubah gaya hidup.

Paparan gaya hidup mewah selebriti tempatan yang berkahwin dengan lelaki kaya, dikatakan mempengaruhi responden dalam pemilihan pasangan hidup.

Dr Rusinah dari Jabatan Sains Pengurusan dan Pemasaran berkata, kajian berkenaan dijalankan bagi melihat perspektif dan fokus pemikiran wanita muda terpelajar dalam mencari pasangan hidup.

“Kajian ini penting kerana ia menunjukkan perubahan sosial ketara yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini apabila semakin ramai gadis muda mengimpikan kekayaan dengan jalan singkat,” katanya kepada Berita Harian.

Kajian bertajuk ‘Pemilihan Lelaki Berusia dan Berharta Sebagai Pasangan Hidup – Kenyataan atau Kebetulan’ itu, dijalankan pada Januari hingga Mac tahun lalu, membabitkan 350 pelajar wanita sebuah universiti swasta dan 700 pelajar di dua universiti awam, berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Antara alasan yang diberi ialah berkahwin dengan lelaki berusia dan berharta menjamin masa depan mereka tanpa perlu berusaha keras untuk mendapatkan kesenangan. Malah, ada yang memberi alasan perkahwinan sebegitu membolehkan mereka menyertai golongan elit seperti yang diidamkan.

Bagaimanapun, tidak semua responden memilih lelaki tua yang kaya kerana inginkan kemewahan, sebaliknya kematangan lelaki berusia seperti sabar, romantik dan bertanggungjawab menjadi keutamaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: