Pendatang kuasai jualan pisang goreng

Berita Harian 21 Feb 2007 Nasional
Pendatang kuasai jualan pisang goreng

KUALA LUMPUR: Pendatang Indonesia, termasuk yang memasuki negara ini secara haram dipercayai memonopoli perniagaan pisang goreng di bandar raya ini dan mampu meraih keuntungan bersih sehingga RM3,000 sehari.

Modus operandi perniagaan mereka ialah membuka banyak rangkaian gerai menjual makanan itu, termasuk di premis yang lesennya diberikan Bumiputera tetapi disewakan atau dialibabakan kepada mereka.

Pendatang asing bukan saja memonopoli perniagaan itu, malah hampir 40 peratus daripada 13,000 lesen perniagaan gerai makanan dan kedai runcit Bumiputera yang berdaftar dengan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPPBWP), disewakan kepada pendatang asing termasuk dari Thailand.

Yang Dipertua PPPBWP, Mithlan Samijoo, berkata peratusan gerai atau premis makanan dan kedai runcit diusahakan pendatang asing, sama ada yang ada dokumen atau tidak, jauh lebih tinggi jika mengambil kira perniagaan yang diusahakan di gerai tetap, bergerak, atau tepi jalan yang diusahakan tanpa lesen.

“Saya berani katakan hampir 40 peratus ahli kita sendiri menyewakan premis mereka kepada pendatang.

“Malah, di sesetengah kawasan medan selera atau kawasan terbuka, 80 peratus gerai makanan sudah dikuasai golongan itu, manakala di kawasan Chow Kit lebih 40 peratus lesen dialibabakan.

“Bagi perniagaan pisang goreng pula, boleh dikatakan pendatang Indonesia menguasai perniagaan itu di Wilayah Persekutuan.

“Cara mereka ialah membuka gerai berkenaan di banyak tempat, ada sehingga 15 gerai dengan setiap gerai mampu memperoleh jualan sehingga RM400 sehari.

“Selepas ditolak kos, mereka mampu memperoleh keuntungan bersih RM3,000,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mithlan kesal sikap peniaga Bumiputera termasuk ahli persatuan yang mengalibabakan perniagaan kepada pendatang asing kerana perbuatan itu meruntuhkan ‘pentas’ orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: