Berkhalwat untuk berkahwin

Satu kisah pada waktu petang.

Pasangan yang bercadang mendirikan rumahtangga berhadapan dengan pelbagai masalah ‘birokrasi’ kekeluargaan yang mengecilkan peluang mereka berkahwin. Setelah pelbagai cara dicuba akhirnya mereka membuat keputusan luar biasa,

Berlakon agar ditangkap khalwat agar mereka boleh berkahwin.

Semuanya diatur, rakan-rakan menjadi tukang sampai cerita ke telinga jabatan agama. Agar perbuatan ‘khalwat’ mereka diketahui dan dibanteras.

Mereka ditangkap dan dikahwinkan.

Apa pandangan saudara dan saudari?

5 Komen »

  1. dearhaniey said

    Rasanya zaman sekarang tak semua yang ditangkap berkhalwat dipaksa untuk berkahwin. Ada yang ditangkap berkhalwat berkali-kali dengan pelbagai pasangan pun tak dikahwinkan.

    Ttp jika terpaksa berlakon berkhalwat utk dikahwinkan, saya rasa amat tidak patut kerana ia akan mencalar maruah diri dan keluarga juga. Lambat-laun, mereka juga dapat malu (cerita mereka ditangkap khalwat akan dibualkan orang dan dikenang seumur hidup) walau mungkin dgn cara itu mereka dapat berkahwin dgn pasangan idaman.

  2. weldan said

    mereka berbakat sebagai pelakon. beri galakan agar mereka boleh kembangkan bakat tuh. :p

  3. psittacula said

    cara yang paling mudah. Tapi tak malu ker. lebih-lebih lagi kalau kat kampung.air muka keluarga juga harus dijaga.

  4. bobex said

    Setuju dengan haniey.

  5. Zamri Mohamad said

    Saya rasa ini alternatif baru selepas bernikah di sempadan. Agak-agaknya, bagaimana hendak memujuk keluarga yang terlalu menentang usaha perkahwinan? Sayangnya kes ini disebut oleh rakan saya, restu ibu bapa pula masih dalam status bagaimana.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: