Mengurus blog untuk penulis bebas.

Satu soalan yang diajukan oleh sahabat penulis muda tentang penghasilan blog dan apakah yang perlu diisi dalam blog. Izinkan saya menjawab mengikut pengalaman saya yang sedikit. Mungkin rakan-rakan boleh menambah.

1. Setakat ini saya amat menggalakkan penggunaan WordPress sebagai saluran blog saudara. Ia mempunyai beberapa kelebihan. Pertama ia mesra pengguna dan mudah diuruskan. Mempunyai ruang bagi mencipta menu seperti di sebelah kanan blog saya. Jika kita menulis untuk tujuan menghasilkan buku, menu ini boleh diisi dengan sub-sub topik. Saya tidak akan menceritakan bagaimana menggunakan WordPress. Saudara perlu mengambil masa dan melalui proses ‘try and error’ atau cuba-cuba dengan pelbagai aplikasi yang disediakan.

2. Bagi menguruskan blog, ia bergantung kepada kebebasan saudara. Saya ingin menyarankan kepada pemilik blog yang baru terjun dalam dunia ini agar fokus tentang apa yang ingin saudara tulis. Sebagai contoh saya mempunyai beberapa buah blog, antaranya;

Motivasiminda adalah blog rasmi bagi tujuan latihan penulisan untuk peserta-peserta bengkel mengajukan soalan dan mendapatkan tip-tip. Ia juga medium saya berinteraksi dengan para pembaca buku-buku saya. Mereka mengajukan soalan, memberi komen dan kritikan di sini. Maka ia menjadi tempat para pembaca buku saya dan penulis muda yang terlibat dalam bimbingan saya berkumpul.

Motivasimindamu adalah blog kehidupan harian saya. Ia merupakan campuran kisah yang saya lalui dan apa yang dilalui oleh orang lain tetapi diceritakan kepada saya. Ia sangat terbuka dan menjadi seperti rancangan realiti maya. Jika saudara hendak menghasil blog ala diari maya ini, tuliskan pengalaman dan rasa hati saudara, kemudian di akhir catatan sentuhlah serba sedikit perkara positif atau negatif serta idea yang diperolehi. Cara ini saudara akan mempelajari motivasi melalui hidup.

Saya pernah bekerja di sebuah syarikat yang menguruskan pembayaran gaji yang sangat tidak adil dan mempunyai ketua yang bermasalah kerana tidak dapat mempertahankan pekerja-pekerjanya. Cerita ini tidak saya ceritakan secara terus terang demi menjaga nama baik syarikat dan majikan tersebut. Sebaliknya saya ubah kepada bentuk tip-tip untuk para pembaca entri apabila berhadapan dengan keadaan ini.

Cuba baca entri tersebut di sini http://motivasimindamu.blogspot.com/2006/09/aku-berhentikan-kau.html#links

Selain itu saya mempunyai blog yang fokus kepada satu topik sahaja. Ketika itu saya bercita-cita menulis tentang komunikasi interpersonal dan ia dijadikan secara bersiri oleh editor sebuah majalah pelajar. Ia membantu saudara untuk dikompilasikan apabila memenuhi syarat penghasilan buku yang diperlukan pasaran. Malah cara ini saya gunakan untuk menghasilkan buku bersama seorang penulis lain (laman web ini dirahsiakan, maaf ya!)

Contoh laman web ini boleh saudara lihat di http://komunikasiminda.blogspot.com/

Selain itu saya menghasilkan laman web yang menghimpunkan artikel-artikel yang saya tulis dan telah diterbitkan oleh akhbar dan majalah. Tujuan blog ini diwujudkan agar saya boleh mengikuti perkembangan hasil penulisan saya di media. Catatkan tarikh dan akhbar atau majalah yang menyiarkan hasil karya saudara.

Contoh laman web ini boleh saudara lihat di http://mindamedia.blogspot.com/

3. Saya mencadangkan saudara menulis di komputer peribadi terlebih dahulu. Talian internet adakalanya terganggu, simpan salinan catatan saudara terlebih dahulu. Ia menjimatkan masa. Saudara cuba perlu menyalin dan meletakkan entri tersebut di blog tanpa perlu duduk berjam-jam menulis di hadapan komputer makmal.

4. Sekiranya saudara sudah biasa menggunakan blog. Biasa-biasakan menyenaraikan laman web yang mungkin saudara gunakan secara kerap untuk mencari bahan. Dalam web Motivasiminda, saya senaraikan di bawah kategori Blogroll (sebelah kanan web). Ia memudahkan saudara mencari rujukan pada masa akan datang.

5. Ada juga yang menghasilkan laman web secara berkumpulan. Satu blog diuruskan lebih seorang penulis. Bagi mengetahui cara ini, rujuk tutorial WordPress. Mungkin mereka yang mengikuti bengkel penulisan saya di makmal komputer berinternet di kampus boleh diajar serba ringkas bagaimana menguruskan blog saudara.

6. Jangan terlalu fikirkan untuk menghasilkan catatan yang panjang lebar dalam blog. Jika hanya ada satu perkara ringkas tetapi bermakna dalam hidup saudara yang ingin dikongsi, tulis sahaja dalam blog dan simpan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: