Tarik

Buku terbaru beliau. Hubungi 03 4022 4108

Sabtu lalu, aku singgah ke pejabat abangku di Medan Idaman Gombak untuk mengambil gambar buku terbaru beliau, Samples of Francais Agreement and Contracts.

Ini adalah buku kedua beliau selepas Merancang Bisnes ke Arah Kejayaan yang menjadi salah satu judul pilihan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi projek perpustakaan desa tahun lalu.

Lama benar tidak berkunjung ke sana. Beliau sedang sibuk dengan urusan melatih usahawan tempatan yang ingin memfrancaiskan atau melesenkan perniagaan sebagai cara mengembangkan bisnes.

Payah juga hendak meyakinkan abang aku seorang ini untuk menulis bersama. Lain aku cerita, lain pula cadangnya. Beliau meminta aku menulis buku di bawah projeknya bagi siri buku bisnes.

Nanti-nantilah dahulu abang, saya perlu fokus dengan penerbit sedia ada. Insya Allah ada peluang kita jadi penulis bersama.

Selidik punya selidik, abangku seorang lagi akan menerbitkan buku pengurusan kakitangan pejabat melalui abangku pada Mei ini. Tajuknya masih belum aku ketahui lagi. Lama-lama aku tahu juga.

Keputusan itu diambil selepas mendengar dua pilihan. Boleh jadi selepas abang aku memperolehi pulangan penerbitannya terlebih dahulu selepas dia menerbitkan buku pertama sebelum aku membuat dia cenderung kepada pilihan pertama.

Meskipun kami saling tarik menarik sekarang ini untuk melibatkan aku sekali, kedegilan aku dihormati dengan sokongan mereka. Memang degil, sejak kecil lagi. Teringat pula bergaduh masa kecil-kecil sampai pijak-pijak perut.

Perpustakaan mini milik abangku.

Sempat juga aku meminjam hampir 10 buah buku bagi projek buku tertangguh yang hanya tinggal 45 hari lagi untuk disiapkan. Projek penulis bersama ini adakalanya tersangkut dek kerja masing-masing. Insya Allah, kami sedang fokus menyiapkan tugasan ini sehabis baik.

“Hendak jadi penulis perlu jadi pelabur. Melabur dengan membeli buku-buku yang bagus, katanya.

Buku ini sudah menjadi hantu yang mengejar kami. Kali ini kami sedang gila-gila menyiapkan buku tersebut. Curi masa sana sedikit, sini sedikit.

Mujurlah ilmu KJ Method yang diajar oleh Puan Ainon banyak mempercepatkan tugasan ini.

Semoga Allah permudahkan.

Sahabat-sahabat doakan kami ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: