Naik turun cabaran penulis bebas.

Dalam akhbar semalam, banyak pula jawatan kosong di kolej-kolej universiti yang telah dinaik taraf kepada universiti. Aku pun sedang melihat-lihat peluang lain untuk meneruskan perjalanan kerjaya. Tidak dipastikan untuk berapa lama aku akan berada di UIAM.

Melihatkan status masih kontrak separuh masa dan majikan berkata dia berusaha untuk menjadikan aku kakitangan tetap di sini. Tetapi aku tidak boleh senang hati dengan harapan tersebut. Mesti berusaha cari kerja lain. Tempat kerja lama aku pula asyik menghubungi aku, telefon pula bermasalah. Entah apa yang dia hendak dari aku tak tahulah.

Oh, bukan cerita mencari kerja lain menjadi catatan utama aku hari ini. Cuma cerita sepanjang peristiwa mencari kerja ini yang membuat aku bersyukur dan bangga dengan profesion rasmi aku hari ini iaitu sebagai penulis bebas.

Kebanyakkan rakan-rakan aku sudah kira berjaya dengan jawatan mereka yang besar dan hebat. Ada yang jadi penasihat undang-undang, ada yang jadi jurutera petroleum dan ada juga yang mengusahakan penanaman serai secara besar-besaran.

Sabtu lalu, sahabat karibku Muhammad Azrie Rahim datang mengajak aku keluar. Kami bercadang ke Alamanda. Ketika itu kami tidak tahu pula ada mini konsert AF sempena ulangtahun ke 50 kemerdekaan Malaysia. Ya, sambut kebebasan dengan nyanyian ikut cara media massa.

Lama selepas itu, kami singgah ke kaunter di hadapan kedai buku MPH. Ada hari terbuka bersama pelanggan oleh agensi kerajaan.

Saja gatal-gatal tangan mengisi borang peningkatan kerjaya (kata orang ramai, cari kerja). Diberikan beberapa kategori. Aku melihat satu kategori dinamakan profesional. Dalam fikiran aku, profesional itu mungkin peguam, jurutera, arkitek dan doktor. Selepas aku tekan butang pilihan, tertera semua pekerjaan yang dikategorikan sebagai profesional.

Salah satunya, penulis.

Ya, penulis!

Oh penulis rupa-rupanya kerjaya profesional. Dua orang wanita yang bertugas bercerita kepadaku hendak meyakinkan bahawa penulis bukan kerjaya sebarangan.

Pernah ada seorang rakan merangkap penasihat undang-undang di bank menghubungi aku pagi-pagi dan meminta aku keluar dari dunia ini dan cari kerja yang betul sebagaimana ditawarkan oleh beliau di bank tersebut.

“Sudahlah, keluarlah. Cari kerja lain,” dialognya.

“Aku tengok setahun kau jadi penulis tak ada apa-apa pun, macam ini juga. Bila aku tanya, kau kata belum setahun perjanjian lagi. Aku sekurang-kurangnya kerja setahun sudah ada kenderaan dan beli rumah sendiri. Baru setahun tahu,” kata seorang lagi, telan sahaja kata-kata ini seorang diri dari sahabat yang bergaji besar ini.

Alhamdulillah, di waktu ada individu-individu melihat kerja penulis itu kerja kecil, tidak ada apa-apa, bukan kerja sebenar, pemdapatan kecil dan apa-apa sahaja. Apa yang aku temui dalam web kerajaan hari itu melapangkan dada dan mengecilkan rasa gusar di hati.

Cuma aku perlu buktikan dan terus membuktikan ia benar-benar kerja profesional.

Masih dalam perjuangan, dalam gembira dalam duka.

Ya Allah, perkuatkan hati dan fikiranku berhadapan dengan dugaan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: