Tua tanpa kuasa, jerit si Muda

Kisah sahabat bernama Hasmudi (bukan nama sebenar).

“Nanti pulangkan kunci! Katanya Arifin sebelum pulang sambil membawa beg kertasnya keluar.

Tiga jam selepas dia berada di pejabat datang rakan-rakan pejabat yang lain. Jadi tidak perlulah dia mengunci pejabat. Pulang ke bilik sewa dan tidak sampai 10 minit Arifin datang ke bilik yang ditumpangi bersama rakanya.

“Kenapa tak pulangkan kunci?”

“Aku memang nak pulangkan kunci, baru sampai tukar kain, jam 8 aku nak ke bilik kau,” kata Hasmudi dengan senyuman. Sepuluh minit lagi ke pukul lapan malam.

Arifin yang beberapa tahun lebih muda darinya meninggikan suara, “Lain kali pergi bilik saya dulu. Pulangkan kunci. Susah sangatkah!”

Arifin tidak memandang pun wajah Hasmudi. Dia lebih sibuk memuat turun cerita terbaru dalam komputer rakan dan suara yang meninggi itulah yang dihantarkan menghadap wajah Hasmudi.

Sedar Hasmudi siapa dia meskipun lebih tua, si anak muda bernama Arifin boleh meninggikan suara pada bila-bila masa kerana dia sang ketua di pejabatnya. Si Hasmudi bukan ada apa-apa pun.

“Baiklah tuan,” jawab Hasmudi ringkas keluar dari bilik dan akur.

Hasmudi terus bercerita. Aku mendengar.

Umur lebih senior pun tidak berguna jika si muda ada kuasa yang sah. Dia boleh meninggi suara pada bila-bila masa dia suka. Mungkin dia boleh menghalau si Hasmudi pada bila-bila masa.

Hasmudi diam.
Aku terus mendengar.
Arifin mungkin tidak tahu, suara itu mencalar hati si penumpang bernama Hasmudi sampai bila-bila.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: