Bagaimana berhadapan dengan pasangan bercinta?

Catatan pengunjung Motivasi Minda

Mohd Firdaus Md Hamsin

Jika rakan karib anda memperkenalkan teman “istimewa”nya kepada anda, jangan sesekali perhatian beralih kepada teman “istimewa”nya itu. Dalam komunikasi seharian, anda harus memberikan keutamaan kepada sahabat anda, melainkan jika sahabat anda itu berlainan jantina dengan anda.
 
Dalam hal ini, sila peringatkan diri bahawa hubungan anda adalah tidak lebih dari sekadar teman biasa atau sekuliah. Jangan melakukan sebarang tindakan yang bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan pasangan terbabit, tetapi juga membabitkan hubungan anda dengan rakan karib anda.


 Antaranya, jika terdapat perselisihan faham di antara keduanya, ambillah pendekatan membisu. Mungkin anda merasakan memberikan nasihat adalah perkara yang terbaik yang perlu anda lakukan, tetapi percayalah dengan mengambil pendekatan hanya mendengar sahaja ketimbang memberi komen, dapat mengelakkan konflik yang lebih besar daripada berlaku!
 
Jika kedua mereka yang menjadikan anda sebagai tempat sasaran melepaskan geram yakni mengkritik kelemahan serta kekurangan pasangan masing-masing, simpan sahajalah rahsia itu demi kebaikan bersama.
 
Ia bukan kesalahan, memandangkan selalunya dalam keadaan sebegini, seseorang individu sangat memerlukan kehadiran seseorang yang boleh mendengar keluhan yang hadir akibat tekanan yang hadir.  
 
Tetapi harus diingat, anda mesti menjadi seorang penyimpan rahsia yang paling dipercayai! Jika anda kurang yakin untuk berbuat demikian, jangan sama sekali ambil tahu akan konflik yang berlaku. Selalu berlaku keadaan, di mana ada orang menggunakan rahsia terbabit untuk memusnahkan hubungan sesebuah pasangan.
 
Perkara ini berlaku kerana perasaan iri hati terhadap kebahagiaan yang sedang dilalui oleh pasangan terbabit ataupun ingin mengambil kesempatan terhadap salah seorang daripada mereka. Kepada pasangan yang sedang berhadapan dengan masalah dalam perhubungan mereka, berwaspadalah dengan individu-individu  yang dimaksudkan di atas! 

Ada cerita, tip dan pandangan? Hantarkan ke penulis@malaysia.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: