Falsafah Hidup Penulis

Soalan dari pelajar Universiti Putram Malaysia (UPM) saudari Yu Lit Ling

Falsafah hidup tuan

Cipta kebahagian diri dan kongsi kebahagian kepada orang lain.

Dalam falsafah hidup ini saya merangkumkan segala bentuk perbuatan dan cetusan pemikiran agar selari dengan perjalanan hidup saya.

Dalam penulisan, meskipun apa yang kita catatkan merupakan kritikan sosial terhadap masyarakat dan institusi, ia tidak bermaksud kita harus meninggalkan mereka dengan penulisan yang menyalahkan mereka dengan perlakuan yang tidak kita setujui. Penulisan kita harus pada masa sama memberi satu jalan atau alternatif sebagai pencetus penyelesaian terhadap isu yang dikritik.

Dalam bahasa mudah, kebahagian ini bermaksud memberi satu lagi sisi untuk merungkai struktur permasalahan yang kompleks kepada sesuatu yang lebih bersifat mesra masyarakat.

Saya merasakan satu kepuasan melihat apa yang kita gagaskan dalam penulisan menjadi sesuatu yang diterima dan dikembangkan kepada sesuatu yang lebih baik lagi berbanding idea asal.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam satu wawancara pernah berkongsi ceritanya bahawa salah satu amalan membaca akhbar yang sering dilakukan setiap pagi ialah membaca ruangan surat pembaca.

Bagi kebanyakan, ia mungkin sekadar ruang melepaskan geram, membuat aduan yang tidak pernah mendapat balasan rasmi dan seumpamanya. Bagi Tun Dr Mahathir ia adalah idea-idea kepada pembaikan fungsi kerajaan yang dibawakan oleh beliau ke Parlimen. Bagi rakyat, apabila surat pembacanya itu menjadi pencetus polisi dan keputusan kerajaan. Cerita seperti ini satu kepuasan dan kegembiraan bagi individu kerana pandangan sebagai rakyat dihormati.

Bukan sahaja falsafah hidup ini berkait rapat dengan penulisan. Ia juga berkait rapat dengan amalan hidup. Selagi kita berfungsi sebagai manusia dan memenuhi nilai-nilai hidup yang beteraskan kepada agama sebagai asas dan akal sebagai pemudah cara, kita secara langsung memenuhi nilai bahagia diri dan bahagia masyarakat.

Bahagia ini adalah sebahagian kepada keperluan asasi manusia. Abraham Maslow meletakkan bahagia dengn istilah pencapaian kendiri dan penerimaan masyarakat dalam teorinya.

Sama seperti fungsi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kerana itu, Islam menyarankan beberapa amalan seperti sembahyang, puasa, zakat dan menunaikan haji, bersedekah, menyampaikan khabar gembira dan apa sahaja walaupun senyuman manis sebagai pencetus kebahagiaan. Kesemua ini adalah kunci kebahagian di dunia ini dan dunia seterusnya.

Dahulu Barat juga cuba mencipta konsep bahagia dengan meninggalkan legasi dalam bentuk nama dan pencapaian. Dale Carnegie bukan sahaja diingati sebagai penulis buku bantu diri, usahawan yang berjaya tetapi nama beliau juga dipilih sebagai nama bagi beberapa ribu perpustakaan-perpustakaan kecil di sekitar bandar beberapa negeri di Amerika. Mereka dilatih mencipta kebahagiaan dengan cara seperti itu. Namun sekarang kita lihat fanomena kembali kepada agama dalam usaha mendapat dan memberi kebahagiaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: