Bisnes Mamak & politik antarabangsa

Selepas berlakunya tragedi September 11 pada tahun 2001, negara-negara Islam dan komuniti Muslim seluruh dunia berhadapan dengan keadaan yang getir kesan daripada Islamphobia oleh masyarakat Barat dan bukan Islam. Rentetan serangan ke atas Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) di New York, Amerika Syarikat, serangan pertama ke negara Islam, Afghanistan bermula dan diikuti negara Iraq sehingga tertangkapnya bekas presiden Saddam Hussein.

Perisiwa dunia ini memberi impak kepada corak perniagaan bisnes India Muslim di Malaysia. Jika di jalan raya bandar-bandar utama dunia seperti Paris, New York dan United Kingdom dipenuhi jutaan penduduk berdemonstrasi membantah serangan Amerika ke negara-negara Islam, penglibatan peniaga India Muslim dalam politik antarabangsa tidak terkecuali.

Beberapa pengusaha restoran India Muslim mengambil langkah memboikot jualan minuman ringan yang dilesenkan dari Amerika Syarikat. Meskipun pengusaha restoran India Muslim bukanlah pemain utama dalam industri makanan negara, tindakan mereka memboikot pengambilan minuman ringan tersebut dilihat secara simbolik bahawa mereka bersama-sama membantah keganasan Amerika Syarikat.

Senario ini memperlihatkan satu sisi yang menarik dalam bisnes India Muslim. Keputusan pemboikotan menunjukan konsep ibadah dalam perniagaan dengan mengangkat nilai agama menjaqdi kekuatan peniaga-peniaga India Muslim.

Selain itu, pemboikotan peniaga-peniaga India Muslim menunjukkan budaya berniaga India Muslim tidak bersifat terpinggir atau tempatan semata-mata. Mereka amat peka dengan apa yang berlaku dan bersedia untuk terlibat dalam politik antarabangsa mengikut cara sendiri.

Percaya dengan konsep rezeki, peniaga India Muslim sedar keputusan tersebut bakal memberi kesan jika kehilangan pelanggan-pelanggan sedia ada. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, tindakan tersebut mengukuhkan lagi jenama perniagaan India Muslim di negara ini.

Malah para pelanggan memberi label baru kepada peniaga-peniaga India Muslim apabila perniagaan mereka dilihat sebagai perniagaan berteraskan prinsip dan keyakinan. Perniagaan bukan sahaja dianggap oleh pelanggan sebagai medium untuk jual-beli perkhidmatan dan barang. Pelanggan juga melihat perniagaan itu sebagai satu simbol yang menonjolkan apakah yang diperjuangkan oleh peniaga tersebut dalam bidang yang diceburi.

Semakin jelas prinsip yang ditonjolkan peniaga melalui amalan dan etika niaganya, semakin percaya dan setia pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan dan baranganya. Kerana itu, para pelanggan masih boleh berkompromi jika mutu perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan ada waktunya rendah berbanding sediakala. Sebabnya, para pelanggan setia kepada perniagaan tersebut dengan sandaran prinsip si peniaga.

Permainan politik antarabangsa dengan gaya perniagaan India Muslim ini membawa dua keuntungan. Keuntungan kepada perniagaan dan keuntungan kepada komuniti dengan kesedaran baru yang diwujudkan.

Hantarkan soalan-soalan. cerita anda, pengalaman-pengalaman berkenaan rahsia bisnes mamak yang ingin kita ketahui jawapan bersama ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: