Cara Mamak memilih lokasi perniagaan

Lokasi menentukan jatuh bangun perniagaan. Peniaga India Muslim mempunyai pendekatan tersendiri dalam memilih lokasi perniagaan yang sesuai. Pemilihan lokasi tidak diukur berdasarkan keperluan peniaga sahaja, ia juga mementingkan kemudahan pelanggan. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh peniaga India Muslim apabila memilih lokasi perniagaan.

Lokasi dipilih berdasarkan jenis perniagaan itu sendiri. Bagi perniagaan makanan dan peruncitan lokasi yang dipilih harus mempunyai kepadatan penduduk setempat yang mencapai sasaran jualan. Kepadatan penduduk dilihat dari dua sudut. Pertama, jumlah penduduk di kawasan kediaman. Kedua, jumlah pekerja yang bekerja dan bergerak di sekitar lokasi juga dianggap penduduk dalam kerangka perniagaan.

Bagi perniagaan yang memerlukan aktiviti pemprosesan dan pengedaran luar dari premis perniagaan, maka lokasi yang dipilih tidaklah seperti dalam kategori awal. Faktor perhubungan jalan raya dan kemudahan dikesan (visibility) oleh bakal pengedar menjadi kunci utama bagi menentukan lokasi perniagaan.

Lokasi dipilih dengan mengambil kira tempoh masa untuk menjalankan proses perniagaan. Jika perniagaan tersebut merupakan aktiviti jangka pendek sebelum beralih ke lokasi baru, maka lokasi sementara itu tidak akan mengalami pembinaan struktur premis perniagaan bersifat kekal. Premis perniagaan bersifat mudah alih.

Jika pemilihan lokasi perniagaan bersandarkan kepada tempoh jangka panjang, maka peniaga India Muslim bersedia melaburkan sejumlah wang bagi pembinaan atau perubahan premis yang sedia ada.

Salah satu cara yang digunakan oleh peniaga India Muslim khususnya dalam perniagaan makanan ialah dengan menyewa tanah kosong yang dikelilingi bangunan-bangunan dalam projek yang sudah mencapai tahap siap melebihi 60%. Penyewaan tanah yang didirikan premis perniagaan ini adalah bagi tujuan jangka panjang. Apabila bangunan-bangunan sekeliling telah dihuni, mereka menjadi potensi pelanggan jangka panjang.

Lokasi juga dipilih berdasarkan pegangan wang peniaga. Bagi sesetengah peniaga India Muslim, risiko berhutang cuba diminimakan terlebih dahulu dengan menggerakkan perniagaan terlebih dahulu dengan wang yang sedia ada.

Peniaga India Muslim tidak melihat kepada pentingnya melaburkan wang yang terlalu besar jumlahnya bagi sebuah perniagaan pada peringkat awal meskipun ia berpotensi berkembang jauh.

Apa yang dilakukan oleh peniaga India Muslim ialah menanam modal secara berperingkat melalui perniagaan yang dijalankan terlebih dahulu. Perkembangan perniagaan ditentukan dengan jumlah modal yang disuntik dalam pertumbuhannya setelah keuntungan setiap peringkat diambil kira.
Pengangkutan awam, berdekatan dengan jalan utama atau lalun sibuk, dikelilingi pejabat dan rumah kedai, memudahkan pejalan kaki melalui kawasan tersebut adalah ciri seterusnya dalam pemilihan lokasi perniagaan.

Peniaga India Muslim mengambil kira bagaimana para pelanggan mudah datang ke premis tersebut. Dengan mengambil kira kemudahan awam yang disediakan di sekeliling, jangkaan perkembangan perniagaan yang diwujudkan di kawasan tersebut boleh diramal oleh peniaga India Muslim.

Lokasi juga ditentukan dengan keluasan premis dan kawasan sekitar yang boleh digunakan oleh peniaga India Muslim pada masa akan datang. Anggaran keluasan premis yang sedia ada hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila diambil kira keselesaan pelanggan dengan penyediaan ruang letak kereta yang luas, kemudahan keluar masuk dari jalan utama dan penambahan ruang premis bagi memenuhi kehendak perniagaan, maka lokasi yang dipilih oleh peniaga India Muslim juga mengambil kira saiz maksima premis tersebut boleh dikembangkan.

Lokasi juga ditentukan dengan alternatif-alternatif sedia ada yang boleh memberi keuntungan kepada peniaga India Muslim tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

Misalnya dengan mengenalpasti sama ada lokasi tersebut mempunyai ruang meletak kenderaan yang sememangnya berada di kawasan sekitar atau bahu jalan yang cukup luas bagi kenderaan diletakkan di situ sementara waktu.

Hantarkan soalan-soalan. cerita anda, pengalaman-pengalaman berkenaan rahsia bisnes mamak yang ingin kita ketahui jawapan bersama ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: