Jumpa seminggu dari sekarang!

Petang Isnin, 26 Mac 2007 aku akan pulang bercuti selama tiga hari ke Melaka. Bercuti bukan kerana suka-suka. Ibu akan berangkat menunaikan umrah pada 28 Mac 2007. Pulang untuk mengemaskini urusan lain sebelum ibu berangkat ke sana.

Isnin pada jam 10.30 pagi, ada sesi temubual dan fotografi bersama-sama para pelajar kelas Etika Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Mereka akan berada di UIA bagi tujuan tersebut. Asalnya temubual melalui e-mel. Tetapi tenaga pengajar mereka memerlukan bukti bergambar. Mahu tidak mahu, mereka perlu lakukan sebelum menghantar tugasan tersebut pada minggu ini.

Pensyarahnya merupakan penulis buku juga. Tuan Mohd Yahya Mohamed Ariffin merupakan penulis buku 55 Kerjaya Pilihan (betulkan saya jika tersilap).

Apabila ditanya kepada salah seorang ahli kumpulan yang bernama Shirley Yit, katanya beliau mendapat maklumatku melalui rakan chat ICQ dengan nama samaran klgal! Bilangnya, klgal merupakan pembaca bukuku (jika beliau membaca entri ini, saya ucapkan terima kasih!)

Tanggungjawab menjadi penulis bebas sudah menjadi berat dari hari ke hari. Ia bukan sekadar memenuhi hobi dan seronok-seronok lagi (macam mula-mula dahulu). Penulis bebas ada tanggungjawab membentuk perspektif yang betul tentang profesion ini. Apabila didatangi oleh Shirley Yit dan rakan-rakan, ia menjadi tanggungjawab memberi yang terbaik.


Sementara itu, usahaku bersama rakan-rakan Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib (Kolej Kediaman di UIA) untuk membawa kumpulan BMW ke UIAM masih di peringkat rundingan. Kami sedang cuba membawa masuk 10 buah filem pendek yang merupakan finalis pertandingan filem pendek BMW. Kami rasakan filem-filem ini penting untuk dipaparkan kepada khayalak khususnya para pelajar tentang teknik penceritaan dan penghasilan filem pendek yang betul. Cadangnya pada bulan Mei ini. Insya Allah ia akan terbuka kepada semua.

Terima kasih kepada saudara Nizam Ahamad yang banyak membantu dari A ke Z untuk menjayakan usahasama ini.

Mungkin ini menjadi pencetus kepada BMW untuk menjadi penaja program pembangunan filem pendek di UIAM. Setakat ini jabatan komunikasi UIAM tidak ada pengkhususan dalam bidang produksi. Tetapi ia tidak bermakna program-program seperti ini tidak boleh berjalan dahulu.

Kata seorang pensyarah, “Jabatan ini sudah mempunyai ramai potensi yang boleh menjadi tenaga pengajar. Mereka bekerja dan secara praktikal mahir dalam bidang yang dicari. Punca kita tidak boleh memperkenalkan pengkhususan ini ialah kita memerlukan tenaga pengajar yang ada kemahiran praktikal dan akademik. Kebanyakannya tidak ada latar akademik. Jika diajar praktikal sahaja, sebulan sudah cukup. Tiga bulan berbaki hendak buat apa?”

Dilema memberikan yang terbaik kepada pelajar.

Rakan-rakan, kita berjumpa lagi seminggu dari sekarang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: