Memikat pelanggan gaya bisnes mamak

Peniaga India Muslim percaya pelanggan bukan sekadar individu datang untuk membeli produk dan perkhidmatan semata-mata. Pelanggan di mata peniaga India Muslim ialah kawan setia yang memilih produk dan perkhidmatanya sebagai tanda sokongan peribadi.

Oleh demikian, budaya niaga India Muslim sangat mementingkan amalan mengingati nama dan pilihan produk oleh pelanggan setiap kali datang ke premis perniagaan.

Ingati nama dan ingati pilihannya. Itu adalah dua formula yang diulang-ulang sehinggakan pelanggan merasakan diri mereka rapat dengan peniaga India Muslim itu. Kesan dari pengulangan, pelanggan yang pertama kali datang berpotensi menjadi pelanggan tetap. Dialog sapaan tetap sama tetapi memberi kesan emosi yang positif untuk pelanggan.

Tinjauan di restoran-restoran India Muslim mendapati sapaan pagi oleh peniaga memberi kesan psikologi positif kepada pelanggan. Kedatangan pelanggan pada waktu pagi disapa dengan dialog seperti,

“Assalam alaikum tuan Rosli. Roti canai dengan majerin. Teh tarik susu jangan gaul. Macam biasa tuan?”

Bos, tuan, puan, abang dan kakak adalah istilah-istilah hormat yang digunakan kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung. Bagi yang berpangkat, maka pangkat tersebut akan digunakan sebagai sapaan awal.

Amalan yang sama digunakan oleh peniaga India Muslim di sektor perniagaan lain. Sapaan awal dan amalan mengingati pilihan pelanggan membuka ruang kepada pelanggan sendiri mendapatkan yang terbaik dari seorang peniaga dan dari seorang rakan.

Hantarkan soalan-soalan. cerita anda, pengalaman-pengalaman berkenaan rahsia bisnes mamak yang ingin kita ketahui jawapan bersama ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: