Pelanggan dilayan sesegera mungkin.

Amalan yang menjadikan pelanggan mudah tertarik untuk mengunjungi premis perniagaan India Muslim ialah kecepatan dalam melayan pelanggan. Apabila pelanggan mengunjungi premis perniagaan mereka, para pekerja akan melakukan perkara berikut.

Pertama, pekerja yang paling hampir dengan pelanggan tersebut akan datang dan mengiringi pelanggan ke meja. Jika pelanggan tidak pasti meja mana harus dipilih, maka pekerja tersebut akan mengiringi pelanggan ke meja yang disyorkan.

Kedua, pekerja akan mengambil pesanan pelanggan. Sekali lagi sekiranya pelanggan tidak pasti dengan pilihan menu, maka pekerja akan mengesyorkan beberapa hidangan ringan dan berat.

Keempat, bagi memudahkan pilihan, menu disediakan oleh peniaga sama ada dalam bentuk kad atau yang sudah tersedia di meja tersebut. Kedudukan papan menu yang besar dan strategik memudahkan pelanggan melihat dari jauh senarai pilihan.

Kelima, pekerja akan mengambil pesanan pelanggan. Catatan tersebut dinyatakan menu pesanan, nombor meja pelanggan dan satu salinan lagi dibuat dan diberikan kepada pelanggan ketika pesanan dihantar.

Keenam, dalam tempoh menantikan pesanan, pelanggan akan dihampiri oleh pekerja lain yang bertanyakan sama ada pesanan sudah diambil atau sebaliknya, Ia akan berulang sekali atau dua kali bergantung kepada tahap kesibukan dan jumlah pelanggan yang berada di premis perniagaan tersebut. Tujuan pekerja bertanya buat kali kedua ialah memastikan pelanggan tersebut merasakan tempoh masa menunggu singkat, meyakinkan pelanggan pesanan tersebut sedang disediakan dan bertujuan meningkatkan jualan apabila pelanggan bercadang membuat pesanan sampingan dalam waktu menunggu tersebut.

Ketujuh, apabila pembayaran dibuat transaksi berlaku di meja makan sendiri apabila pekerja sendiri akan datan mengambil wang pelanggan dan membawa ke kaunter bersama-sama salinan pesanan atau pelanggan boleh membuat pembayaran sendiri ke kaunter dengan membawa bersama salinan tersebut.

Kelapan, bagi sesetengah restoran India Muslim, salinan pesanan tersebut akan dicop dan diletakkan dalam satu bekas khas bagi tujuan semakan semula.

Bagi premis perniagaan India Muslim yang menjalankan urusniaga bukan makanan, amalan layanan pelanggan langkah disesuaikan dengan jenis perkhidmatan yang disediakan. Kecepatan melayan pelanggan dalam apa jua perniagaan India Muslim menjadi keutamaan dan menjadi langkah wajib pertama untuk mengembangkan perniagaan.

Hantarkan soalan-soalan berkenaan rahsia bisnes mamak yang ingin kita ketahui jawapan bersama ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Hantarkan soalan-soalan berkenaan rahsia bisnes mamak yang ingin kita ketahui jawapan bersama ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: