Bisnes Mamak tawarkan apa yang dicari pelanggan

Mula, bergerak dan berakhir dengan pelanggan. Pemikiran peniaga India Muslim dalam menawarkan produk dan perkhidmatan sentiasa menitik beratkan kata kunci pelanggan.

Ada peniaga yang memikirkan apa yang ingin ditawarkan terlebih dahulu kemudian mengharapkan pelanggan bersedia menerima produk tersebut. Kesilapan ini kerap terjadi apabila peniaga menawarkan apa yang boleh diberi tetapi kerana kemampuan peniaga untuk menyediakan produk tersebut tanpa memikirkan apakah keperluan pelanggan ketika itu.

Peniaga India Muslim mengenalpasti apa yang diperlukan oleh pelanggan terlebih dahulu. Pendekatan ini turut dipraktikkan oleh peniaga-peniaga Indonesia yang berhijrah ke Malaysia. Mereka mengenalpasti peluang yang boleh diambil dan mampu dilakukan.

Peniaga India Muslim memahami pelanggan ada waktunya mempunyai jumlah perbelanjaan yang terhad dalam poket mereka. Ia bermaksud, peniaga India Muslim perlu menyediakan produk yang paling murah dan mampu dimiliki pada setiap masa.

Pelanggan-pelanggan bujang, pelajar universiti dan kolej yang ditemui mengatakan pilihan hidangan paling murah yang ditawarkan restoran India Muslim sangat konsisten dan menepati ciri-ciri asas pesanan.

• Murah.
• Mengenyangkan.
• Ada pada setiap masa.

Roti canai merupakan contoh makanan paling murah yang boleh didapati di restoran India Muslim. Apa yang membezakan roti canai di restoran India Muslim dengan restoran-restoran lain ialah kemudahan untuk mendapatkannya pada waktu pagi aau pun malam. Pada harga sekitar 70 hingga 80 sen sekeping dan segelas air sejuk berharga 20 sen ia sudah cukup bagi pelanggan-pelanggan yang mengamalkan perbelanjaan secara bajet.

Perbelanjaan secara bajet ini turut menjadi asas kepada perniagaan-perniagaan India Muslim yang lain. Konsep perniagaan untuk orang ramai menjadikan tawaran harga jauh lebih rendah pada kadar kuantiti yang memuaskan hati. Ia menjadi tanda aras harga pesaing-pesaing untuk cuba menarik pelanggan dengan pendekatan yang sama.

Individu yang berbelanja secara bajet ini turut berpotensi untuk melakukan urus niaga di luar dari kebiasaan pada masa tertentu. Pelanggan berpotensi seperti ini lebih mudah untuk berbelanja lebih di tempat yang memudahkan beliau melakukan perbelanjaan secara bajet.

Konsep kesetiaan pelanggan berlaku di sini apabila berlaku pengulangan ke premis yang sama setiap kali. Perbelanjaan secara bajet ini secara langsung mengubah tabiat pelanggan agar terus berurus niaga dengan premis perniagaan yang lebih tahu menilai dan menghargai nilai wang kecil mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: