Kalau garang, kami balik cepat-cepat!

Dari kiri (Chong Li Peng, Zamri Mohamad dan Chia Yee Jue)

Petang Isnin, 26 Mac 2007 aku akan pulang bercuti selama tiga hari ke Melaka. Bercuti bukan kerana suka-suka. Ibu akan berangkat menunaikan umrah pada 28 Mac 2007. Pulang untuk mengemaskini urusan lain sebelum ibu berangkat ke sana.

Isnin pada jam 10.30 pagi, ada sesi temubual dan fotografi bersama-sama para pelajar kelas Etika Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Mereka akan berada di UIA bagi tujuan tersebut. Asalnya temubual melalui e-mel. Tetapi tenaga pengajar mereka memerlukan bukti bergambar. Mahu tidak mahu, mereka perlu lakukan sebelum menghantar tugasan tersebut pada minggu ini.

Pensyarahnya merupakan penulis buku juga. Tuan Mohd Yahya Mohamed Ariffin merupakan penulis buku 55 Kerjaya Pilihan (betulkan saya jika tersilap).

Apabila ditanya kepada salah seorang ahli kumpulan yang bernama Shirley Yit, katanya beliau mendapat maklumatku melalui rakan chat ICQ dengan nama samaran klgal! Bilangnya, klgal merupakan pembaca bukuku (jika beliau membaca entri ini, saya ucapkan terima kasih!)

Tanggungjawab menjadi penulis bebas sudah menjadi berat dari hari ke hari. Ia bukan sekadar memenuhi hobi dan seronok-seronok lagi (macam mula-mula dahulu). Penulis bebas ada tanggungjawab membentuk perspektif yang betul tentang profesion ini. Apabila didatangi oleh Shirley Yit dan rakan-rakan, ia menjadi tanggungjawab memberi yang terbaik.

Dalam pertemuan, beliau memaklumkan betapa bimbangnya jika saya individu yang sangat serius. Banyak sungguh jangkaan kedua-dua pelajar ini. Alhamdulillah, kami dapat berinteraksi dengan baik. Aku mempelajari satu perkara, nabi Muhammad pernah berpesan agar bermanis muka dan bersifat ramah. Akan terbuka pintu kemudahan.

Bukankah al Quran selalu mengingati kita jika kita bermasam muka, orang akan lari diri kita. Jadi, mengapa perlu melaburkan diri dengan pelaburan yang merugikan ini? Jika jadi penulis bebas, lagilah rugi dengan modal masam muka dan serius tidak bertempat.

Bayangkan, mereka keluar dari UPM menuju ke komuter Serdang, bergerak ke KL Sentral. mengambil tren LRT Putra, mengambil bas, berurusan dengan pengawal di pintu hadapan, merayau-rayau mencari tempat dan menemui orang yang ingin ditemubual yang berkarakter masam dan serius.

Rasa-rasanya kita berharap tidak terjadi sedemikian. Teringat satu petikan dalam buku saya, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, “Kajian mendapati proses komunikasi yang baik atau sebaliknya ditentukan kurang daripada seminit pertemuan.”

Wawancara itu berlangsung selama sejam.

Teringat kata-kata saudari Shirley, “Kalau garang, lepas minum kami hendak balik cepat-cepat.”

Apa kata al Quran tadi?

Terima kasih kepada kumpulan ini. Saya doakan kejayaan dalam pembentangan tugasan saudari bertiga pada 11 April 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: