Dunia wonderland kita berdua.

Penulis amat tertarik dengan pendekatan beberapa pasangan yang mewujudkan zon romantiknya setiap hari. Walau bagaimana sibuk sekalipun, zon waktu romantik tidak pernah diabaikan. Jika dilihat gaya kehidupan kampung, zon waktu romantiknya berbeza dengan pasangan dalam gaya hidup bandar. Zon waktu romantik adalah waktu konsisten bersama dan memerlukan waktu yang sedikit tetapi berlanjutan.

 Ia bukanlah waktu untuk membincangkan perkara-perkara yang timbul yang mungkin menimbulkan perselisihan sebelum ini. Tetapi waktu ini merupakan waktu untuk mengenang kembali peristiwa-peristiwa manis kita bersama pasangan.

Ringkas dan bermakna.

Mewujudkan zon romantik boleh dilakukan apabila kedua-duanya minum petang bersama, duduk di luar sambil memerhatikan perubahan senja, berjalan-jalan di sekitar tempat kediaman atau sekadar menghabiskan masa bersama di rumah. Jika kita menetap di rumah pangsa sekali pun, ia bukanlah satu masalah. Zon romantik kita boleh berlaku di bahagian koridor luar kediaman sambil menikmati hembusan angin.

Mengimbas kenangan indah lalu.

 Peranan zon waktu romantik adalah untuk mengimbas kembali kebaikan-kebaikan pasangan yang secara langsung akan menjadi pengingat tentang kemanisan hidup mereka sebagai kekasih sebelum dan selepas berkahwin. Jika gaya kehidupan tradisional di kampung-kampung, zon waktu romantik antara pasangan adalah di waktu mereka berehat selepas mengerjakan sawah, menoreh, berkebun atau bertani apabila suami isteri duduk melepaskan lelah sambil menikmati bekal yang dibawa bersama. Berbeza pada zaman kini, waktu dan suasana tersebut sedikit berubah.

Puji-pujian jadi kenangan.

 Pasangan perlu memainkan peranan yang bijak untuk menawan hati pasangan dalam zon waktu romantik ini. Pilihlah perkataan-perkataan yang memuji pasangan dan menimbulkan rasa sayang pasangan terhadap kita. Misalnya, “Bila petang-petang begini saya teringat pula kisah kita masa mula-mula kenal dahulu.” , “Sampai sekarang saya teringat kata-kata awak sukakan saya.” , “Ingat tak masa kita belajar dulu, awak selalu main mata dari jauh. Segan saya, tapi dalam hati…” , “Terharu saya bila kenangkan zaman universiti dulu. Sanggup abang menunggu saya dari subuh ke tengah hari sekadar nak menemankan saya balik ke kampung,” atau “Ingat tak cincin yang abang sarungkan di jari saya, dalam hati saya janji pada abang…”

Ciptalah wonderland sendiri

 Keistimewaan zon romantik ialah ia seolah-olah wonderland atau dunia fantasi untuk pasangan. Setiap kenangan manis diceritakan semula dan penekanan terhadap perkara-perkara positif dalam setiap kenangan itu menjadikan pasangan bersemangat dan menyuntik rasa beruntungnya hidup bersama kita.

 Zon romantik boleh diwujudkan di tempat yang mencetuskan kenangan pasangan. Di manakah kali pertama kita bertemu atau tempat kita selalu bersama menghabiskan masa. Tidak mengapa jika kita sendiri mempelawanya dan sekali sekala membelanjanya untuk ke tempat-tempat demikian untuk beliau bersetuju dengan pelawaan kita.

 Apa yang berlaku dalam zon romantik adalah harus dibuat dalam keadaan sedar. Kita menyedari bagaimana aroma kopi panas, kesejukan cuaca malam dan bunyi loceng yang dimainkan, begitu juga kita perlu menyedari kewujudan zon waktu romantik yang dibentuk. Matlamat zon romantik ialah menyegarkan hubungan pasangan bukannya menimbul sesuatu yang baru untuk dibincangkan.

Letak masalah di luar kawasan

Letak masalah yang masih belum selesai di luar zon tersebut. Salurkan kesegaran perhubungan dalam zon tersebut sebagai pelaburan untuk penyelesaian masalah tersebut pada waktu lain. Jangan bimbang jika pasangan kelihatan kurang berinteraksi melalui lisan, mulutnya mungkin diam tetapi otaknya sedang mencerna kenangan-kenangan tersebut yang akan membuat terfikir semula, betapa dihargai dirinya di mata pasangan seperti kita. Masakan tidak jika cerita-cerita manis itu adalah kebaikan-kebaikan dirinya terhadap kita yang dia sendiri telah terlupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: