Mamak menggunakan gerak hati dalam amalan bisnes

Ketika penulis berkesempatan berada di Pekan Kuah, Langkawi, Kedah dan Georgetown, Pulau Pinang, penulis berkesempatan meninjau operasi jualan nasi kandar yang diusahakan oleh peniaga India Muslim di sana. Dengan deretan periuk yang diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk, pelanggan hanya perlu menudingkan jari memilih lauk-pauk yang diingini. Banyak atau sedikit ditentukan oleh pelanggan hanya jika diminta. Pelanggan tidak dibenarkan mengambil lauk-pauk itu sendiri ke pinggan. Semuanya dilakukan oleh pengusaha nasi kandar itu. Ia adalah sebahagian daripada servis perkhidmatan.

Ada pengusaha nasi kandar yang rasa kurang selesa apabila pelanggan memilih untuk mengisi sendiri, tidak kurang juga ada peniaga terpaksa berpura-pura degil untuk mengisi lauk-pauk pilihan ke pinggan pelanggan. Peniaga nasi kandar dikatakan lebih tahu apa yang sesuai bagi setiap pelanggan yang berbeza dalam pemilihan lauk pauk dan kuantiti. Ini dilihat sebagai perkhidmatan dalam perniagaan yang sukar untuk dikompromi.

Gerakan hati (instinct) dalam memberi apa yang sesuai untuk setiap pelanggan juga menjadi ciri-ciri peniaga India Muslim. Kes ini dapat dilihat dalam amalan perniagaan nasi kandar. Perniagaan India Muslim bukan sahaja bersangkut paut dengan apa yang jelas boleh dikira tetapi ada sebahagian keputusan perniagaan memerlukan gerakan hati.

Keputusan perniagaan bersandarkan gerakan hati turut diakui oleh Donald Trump apabila menguruskan perniagannya. Disebutkan oleh Donald dalam Trump 101, gerakan hati merupakan satu bentuk keputusan perniagaan yang akan diambil setelah melihat beberapa faktor dan menentukan sejauh mana risiko (calculated risk) yang perlu diambilnya. Yakin terhadap apa yang dibuatnya tanpa mengetahui kejayaan sebenar keputusan yang dibuat merupakan satu gerakan hati yang dimiliki oleh peniaga-peniaga. Gerakan hati merupakan penimbang keputusan kedua terhadap apa-apa keputusan yang ingin dibuat oleh peniaga.

Trump menekankan daya kerja seorang peniaga tanpa gerakan hati tidak akan membawa apa-apa hasil. Beliau mengatakan kebanyakan pemilihan lokasi, jenis perniagaan dan usahasama yang dibuat termasuklah dalam membuat keputusan terlibat dalam rancangan The Apprentice.

Gerakan hati membuat peniaga terbuka dan berhati-hati pada masa sama. Kecenderungan menggunakan gerakan hati telah terbukti melalui sikap berhati-hati pelajar apabila mengambil peperiksaan.
Al Ghazali turut menekankan peri penting hati. Konsep pembersihan hati melalui amalan ibadah yang mendekatkan diri kepada tuhan merupakan gerak kerja yang disarankan oleh beliau. Pembersihan hati menjadikan diri lebih efektif dalam membuat keputusan dan memudahkan diri menentukan apa yang terbaik dan muktamad selepas semua maklumat dianalisa. Al Ghazali mengkategorikan hati kepada tiga kumpulan.

  • Pertama golongan hati yang sihat (qolbun shahih)
  • Kedua golongan hati yang sakit (qolbun maridh)
  • Ketiga golongan hati yang mati (qolbun mayyit)

Bukhari dan Muslim melaporkan Nabi Muhammad berkata baik atau buruknya tindakan seseorang sangat berkaitan dengan bersih atau kotornya hati. Peniaga yang bersih hatinya sangat cepat membuat keputusan, mempunyai timbang tara yang lebih baik, daya analisa yang lebih konsisten dan penilaian yang lebih adil.

Hantarkan soalan-soalan. cerita anda, pengalaman-pengalaman berkenaan rahsia bisnes mamak  ke kotak komen di bawah. Para pengunjung, penjaja dan peniaga Mamak dan moderator akan cuba menjawab soalan-soalan berikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: