Mamak sediakan satu hidangan dalam satu bekas

Penyediaan hidangan di restoran perniagaan India Muslim juga mempunyai sistem tersendiri. Cara penyediaan hidangan merupakan teknik untuk menentukan kuantiti bahan mentah yang telah dimasak. Bekas keluli yang seragam dari sudut saiz mempunyai kelebihan bagi peniaga India Muslim membuat anggaran untung dan rugi.

Bagi setiap bekas yang digunakan, ia menunjukkan secara jelas jumlah pusingan hidangan telah disediakan setiap kali diganti, anggaran kos bagi setiap hidangan ditentukan serta berapa jumlah bahan mentah yang perlu ditambah dan dikurangkan bagi urusniaga akan datang.

Dalam amalan perniagaan restoran India Muslim, mereka tidak akan meletakkan dua bekas untuk satu hidangan yang sama. Sebabnya ia akan mengelirukan pelanggan dan peniaga sendiri. Kekeliruan berlaku apabila hidangan yang sama dilihat sebagai dua hidangan yang berbeza dan dicaj pada harga berbeza.

Dalam satu pengalaman pelanggan yang dicatat berlaku di sebuah gerai makan tempatan. Peniaga menghidangan ayam goreng pada dua bekas yang berlainan. Pelanggan menyangkakan satu bekas merupakan hidangan ayam goreng yang dipotong kecil dan satu lagi ayam goreng yang dipotong lebih besar. Maka pelanggan memilih untuk mengambil beberapa ketul ayam goreng yang dipotong kecil.

Apabila diminta resit pembayaran didapati ayam goreng yang dihidangkan dalam kedua-dua bekas adalah menu yang sama dengan harga yang sama. Lebih teruk lagi, jumlah yang dikenakan kepada pelanggan adalah berdasarkan harga ayam goreng potong yang lebih besar. Kemungkinan saiz potongan daging ayam yang berbeza menjadikan ia seolah-olah dua hidangan yang berlainan. Sedangkan apa yang dihidangkan dalam kategori yang sama.

Bagi mengelakkan kekeliruan, elakkan dari menggunakan dua bekas bagi menghidangkan satu hidangan yang sama. Gunakan bekas yang sama dan tambah dalam bekas yang serupa setiap kali hidangan perlu diisi semula. Perkara-perkara kecil ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan dan salah faham seperti ini menjadikan pelanggan merasakan diri mereka rasa tertipu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: