Telefon terbang ikat rasa cinta

Macam-macam cara orang lakukan kalau hendak berkenalan. Dua minggu lalu, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama rakan, kami sempat melihat satu insiden yang menarik perhatian.

Kelihatan sebuah motosikal di hadapan menghampiri kereta Wira di hadapan kami. Ketika berhenti kerana lampu merah, penunggang motosikal iaitu si lelaki sempat menegur dan berbual-bual pendek dengan pemandu kereta itu seorang perempuan. Ia berlaku dua kali di dua lampu trafik yang berbeza.
Kemudian lelaki itu mengeluarkan dompetnya untuk menyerahkan kad untuk dihubungi. Kerana jarak antara motosikal dan kereta menyukarkan si lelaki menghulurkan kad, si perempuan pula menggunakan telefonnya untuk mendail nombor lelaki tersebut dari dalam kenderaan.

Missed Call, dan simpan.

Adakah mereka sudah kenal sebelum ini atau trend membina perhubungan baru masa kini?

Jangan terkejut, pernah berlaku seorang lelaki pernah melakukan perkara berikut,

“Turunkan tingkap,” kata lelaki itu.

Kemudian dia mencampak telefon bimbit ke dalam. Suasana jalan raya sangat sibuk dan mustahil untuk lelaki ini bercakap panjang. Lebih mengejutkan, dalam kereta itu ada si ayah dan si ibu. Punca pertemuan lelaki dan perempuan itu di pusat membeli belah pada hari yang sama beberapa jam sebelum itu.

Soalku sekali lagi.

Adakah mereka sudah kenal sebelum ini atau trend membina perhubungan baru masa kini?

3 Komen »

  1. saiFz said

    ini adalah trend rasanya. situasi yg lbh kurang sama pernah sy saksikan. seorang anak remaja lelaki menyerahkan telefon bimbit kpd seorang remaja perempuan (bg percuma rasanya). namun remaja perempuan itu x nak menerimanya. lalu remaja lelaki td mengamuk dgn membaling hanset tersebut ke jln raya (hancur abis). tak perlu bg kad bertukar nombor telefon. bg hanset terus yg mungkin d dalamnya sudah ada nombor si pemberi.

  2. Alia said

    Saya pernah mengalami perkara yg berkaitan dgn telefon juga. satu petang, saya ke mid valley selepas kerja. dalam pada saya hendak ke tangga bergerak itu, saya di sapa oleh seorang lelaki memberi salam. Dia bertanyakan sesuatu, dari saat bertanya terus kepada perkenalan tentang diri masing-masing. Sebelum bergerak ke tujuan masing-masing, dia bertanya sekali lagi apa nombor telefon saya. wal hal sebelum itu saya tidak memberitahunya pun. Oleh itu masa itu juga dia minta saya ambil nombor hp dia dan miss call dia untuk dapatkan hp saya.

    Perkara yang berlaku adalah satu perkara yang pelik bagi saya kerana saya bukanlah seorang yang cepat percaya kepada orang lain apatah lagi jika orang yang tidak dikenali. tetapi tika berbual selama 15 minit di depan tangga bergerak itu kami sempat mengenali serba sedikit tantang latar belakang masing-masing. Walaupun sehingga kini, saya tahu dimana dia bekerja dan siapa dia. namun sejak daripada hari itu kami tidak pernah menghubungi antara satu sama lain.

  3. psittacula said

    cara yang mudah menambah kenalan atau mencari pasangan tetapi nilainya kurang. tiada nilai sentimental (walaupun tak penting bagi sesetengah orang).

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: