Telefon terbang

Macam-macam cara orang lakukan kalau hendak berkenalan. Dua minggu lalu, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama rakan, kami sempat melihat satu insiden yang menarik perhatian.

Kelihatan sebuah motosikal di hadapan menghampiri kereta Wira di hadapan kami. Ketika berhenti kerana lampu merah, penunggang motosikal (lelaki) sempat menegur dan berbual-bual pendek dengan pemandu kereta itu (perempuan). Ia berlaku dua kali di dua lampu trafik yang berbeza.

Kemudian lelaki itu mengeluarkan dompetnya untuk menyerahkan kad untuk dihubungi. Kerana jarak antara motosikal dan kereta menyukarkan si lelaki menghulurkan kad, si perempuan pula menggunakan telefonnya untuk mendail nombor lelaki tersebut dari dalam kenderaan.

Missed Call, dan simpan.

Adakah mereka sudah kenal sebelum ini atau trend membina perhubungan baru masa kini?

Jangan terkejut, pernah berlaku seorang lelaki pernah melakukan perkara berikut,

“Turunkan tingkap,” kata lelaki itu.

Kemudian dia mencampak telefon bimbit ke dalam. Suasana jalan raya sangat sibuk dan mustahil untuk lelaki ini bercakap panjang. Lebih mengejutkan, dalam kereta itu ada si ayah dan si ibu. Punca pertemuan lelaki dan perempuan itu di pusat membeli belah pada hari yang sama beberapa jam sebelum itu.

Soalku sekali lagi.

Adakah mereka sudah kenal sebelum ini atau trend membina perhubungan baru masa kini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: