Diambil dari arkib NSTP

Diambil dari arkib NSTP
Search results: 81 documents

Sumber diambil tanpa perubahan.

No. Publication Date Headline/Byline/Length Count/Section Heading/First Paragraph

  • 3. BH 21/09/2006 Henti label melabel pilihan raya universiti Oleh Zamri Mohamad (372 wds) (Main Section)
    JIKA menyebut mengenai pilihan raya, kita tidak akan terlepas terbayangkan kotak undi, jentera calon yang giat berkempen dari satu tempat ke satu tempat dan isu kontroversi yang timbul sepanjang minggu berkempen. Pilihan raya kampus kali ini membayangkan keadaan sama, cuma berbeza kali ini dengan sistem pengundian secara elektronik atau ‘e-voting’. Memilih pemimpin yang bakal menerajui suara universiti untuk penggal akan datang menjadi satu pemilihan yang sukar bagi pelajar kampus.
  • 5. BH 15/06/2006 Zamri beri petua pikat hati lelaki Oleh Siti Nursuhada Masri (667 wds) (Hip)
    SEJAK bilakah Zamri Mohamad mula berkecimpung dalam dunia penulisan? Saya bermula dengan minat membaca hasil galakan daripada ayah, Mohamad Omar dan Allahyarham datuknya. Siri Sang Kancil pemberian ayah menimbulkan minat membaca. Allahyarham datuk gemar membaca dan sering mengikuti perkembangan semasa dengan menghantar rencana ke akhbar sekiranya ada isu yang ingin dikongsi. Mereka penggerak saya dalam dunia penulisan. Pada 1997, saya mula menulis rencana isu kemasyarakatan di UtusanMalaysia dan bermula 2001, saya menulis secara serius untuk majalah Minda, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi dan Majalah I.
  • 6. BH 03/05/2006 Panduan untuk memenangi hati pasangan Ulasan Jami’ah Shukri (345 wds) (Main Section)
    PENULIS buku ini, Zamri Mohamad berpendapat cinta yang dibina sekadar mengikut sesedap rasa adalah seperti meletakkannya pada penghujung jambatan yang semakin reput. Begitulah halnya, meraih cinta lelaki, kita perlu bersedia dengan ilmu bagi berhadapan dengan individu yang mempunyai latar belakang dan fisiologi berbeza. Hati lelaki diibaratkan sekeras tembok batu. Jika ada seorang lelaki dan sebuah tembok batu, lebih mudah untuk meruntuhkan tembok batu itu daripada melembutkan hati lelaki.
  • 9. BH 13/02/2006 Tindakan tegas siar karikatur hina nabi disokong Oleh ZAMRI MOHAMAD (288 wds) (Main Section)
    PEMIMPIN yang tidak mampu berbuat apa-apa. Itulah gambaran ke atas Perdana Menteri Denmark apabila beliau mengatakan tidak dapat menyekat kebebasan akhbar di negaranya. Penyiaran karikatur Nabi Muhammad SAW jelas menunjukkan satu kelemahan dalam mengawal perjalanan media negara itu, yang pada hari ini terbukti digunakan sebagai alat menyerang kepercayaan dan amalan agama orang lain.
  • 11. BH 21/01/2006 Keganasan bukan penyelesaian mutlak Oleh ZAMRI MOHAMAD (386 wds) (Main Section)
    KES seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa membaling kerusi ke arah seorang remaja tidak berlesen yang merempuh sekatan lalu lintas, tidak membawa keuntungan sebaliknya merugikan kedua-dua pihak. Pesalah jalan raya bersama pegawai yang bertanggungjawab bukan saja cedera teruk, malah kedua-duanya bakal dikenakan tindakan undang-undang seandainya bersalah.
  • 17. BH 29/10/2005 Pidato proses perkembangan minda Oleh ZAMRI MOHAMAD (338 wds) (Main Section)
    APABILA Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh, mencadangkan untuk mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khususnya membenarkan sudut penceramah di universiti, beliau secara langsung membuat satu janji besar dengan penuntut di seluruh negara. Sebahagian besar melihat arus perubahan ini sebagai satu pendekatan yang bukan saja meletakkan pelajar kampus dalam satu perjalanan masa depan yang berbeza, tetapi ia juga memberi satu dimensi dalam mewujudkan hubungan baru di antara kementerian dan pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
  • 19. BH 13/04/2005 Kepekaan pemandu pelancong masjid bantu perjelas isu Islam Oleh ZAMRI MOHAMAD (349 wds) (Main Section)
    SEJAJAR rancangan Kementerian Pelancongan menganjurkan pelancongan berteraskan Islam di seluruh negara, izinkan saya menarik perhatian kepada kejayaan siri pelancongan seumpama ini di beberapa negara lain. `Islamic Propagation Centre International’ (IPCI) diasaskan Ahmed Deedat di Afrika yang menjadikan program lawatan ke masjid Jumma di Corner Grey dan Queen Streets, Durban, Afrika sebagai platform mendekatkan pelancong kepada pengamalan Islam menerusi praktis harian sebenar.
  • 20. BH 19/03/2005 Syor senarai syarikat guna logo halal di laman web Oleh ZAMRI MOHAMAD (460 wds) (Main Section)
    ISU halal dalam penggunaan produk di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam sememangnya menjadi isu yang selalu dibincangkan. Dalam kerancakan kita mempersoalkan sikap peniaga yang tidak beretika dan tidak menghormati keperluan umat Islam di negara ini, masih ada yang cuba ‘bermain api’ dengan mengeluarkan produk menggunakan logo palsu untuk menambah keuntungan.
  • 22. BH 02/02/2005 Cara berpakaian bukan ukuran isi hati, budi bahasa By Zamri Mohamad (423 wds)
    PERJALANAN tren aliran transit ringan (LRT) dari KL Sentral ke Terminal Putra, Gombak memberi pelbagai pengalaman dengan penumpang bersesak-sesak dan gelagat penghuni bandar yang jelas amat mementingkan diri sendiri. Saya melihat sendiri betapa buruknya sikap sesetengah penghuni kota ketika menaiki LRT itu iaitu sekitar jam 5.50 petang. Ketika LRT tiba di sebuah stesen, naik seorang ibu sekitar 40-an bersama dua anaknya yang masih kecil yang kelihatan gembira dengan perjalanan itu. Dalam keseronokan, si adik mula mendesak abang dan ibunya untuk mendapatkan tempat duduk.
  • 23. BH 28/01/2005 Semua perlu muafakat banteras denggi By Zamri Mohamad (158 wds)
    BEBERAPA minggu lalu, kerajaan memberi amaran penularan demam denggi akibat pembiakan nyamuk Aedes di beberapa negeri di Malaysia. Tindakan pantas penting bagi memastikan penyakit berbahaya ini terkawal. Pengawalan kawasan pembiakan Aedes boleh dicapai jika semua pihak saling bekerjasama. Misalnya di kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh mendapatkan bantuan Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan aduan longkang tersumbat.
  • 24. BH 20/01/2005 Empat cara bantu anak Aceh By Zamri Mohamad (252 wds)
    TERLALU banyak perkara yang perlu diambil iktibar khususnya umat Islam akibat bencana tsunami. Tragedi ini memberi impak sangat besar dan turut membabitkan kanak-kanak. Menurut laporan Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah eksploitasi, kehilangan dan penyeludupan. Individu yang menyamar sukarelawan menyukarkan lagi tindakan untuk mencegah kegiatan tidak bermoral ini.
  • 27. BH 02/09/2004 Tugas kita pulihara bahasa Melayu By Zamri Mohamad (500 wds)
    SAYA sering tertanya-tanya, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak jauh bezanya dengan perjuangan dua manusia dalam gelanggang politik. Jawapannya hanya ada satu, sama ada mengikut si A atau si B. Masing-masing cuba mencari sokongan dan pengaruh untuk menang. Nampaknya ramai yang keliru dengan sikap manusia dengan tafsiran yang pelbagai dan berjuang menaikkan nilai bahasa dikatakan pelampau, tidak mengikut keadaan semasa, ketinggalan dan 1001 tohmahan dilemparkan dalam usaha menutup mulut mereka daripada bersuara.
  • 29. BH 27/07/2004 UPM harus berusaha perkasakan buku Melayu By Zamri Mohamad (465 wds)
    APAKAH sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengetengahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar? Dalam kemelut bangsa Melayu mengangkat identiti bahasanya sendiri, jalannya kelihatan berliku-liku dan sukar dengan keadaan baru ini.
  • 31. BH 23/06/2004 Harapan dan cabaran pelajar baru di universiti By Zamri Mohamad (734 wds)
    PADA Ahad lalu, beribu-ribu anak muda menjejakkan kaki ke dunia baru, universiti. Sejak bertahun-tahun, universiti dilihat sebagai wadah ilmu yang mempunyai imej dan status tersendiri yang dihormati masyarakat di kampung mahupun di bandar. Nama anak muda yang memasuki universiti heboh sekampung, nama ayah dan ibu disebut di warung kopi, kedai runcit, memuji (tidak sampai memuja) hasil pengorbanan mereka yang `memanusiakan’ anak itu. Tetapi persoalannya, sedarkah anak mereka erti pengorbanan itu.
  • 33. BH 12/05/2004 Pegawai Putrajaya gemar guna bahasa Inggeris By Zamri Mohamad (578 wds)
    MASYARAKAT Melayu tidak akan berhenti berbicara mengenai bahasa Melayu malah perjuangan memartabatkan bahasa ibunda adalah seperti gerak nadi dan menguasai pemikiran Melayu yang cukup prihatin dengan perkembangan budaya bangsa. Terkini, kita berdepan isu bahasa rojak apabila dua lagu dianggap mampu meluaskan pengaruh yang merosakkan nilai dan kualiti bahasa.
  • 34. BH 21/04/2004 Program tazkirah mampu didik pelatih By Zamri Mohamad (237 wds)
    LANGKAH pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM menganjurkan siri ceramah khas bagi pelatih serta jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PKN) di kampus universiti, baru-baru ini adalah contoh baik sedang pelbagai berita negatif tersebar mengenai PKN. Ini hanya dapat diadakan dengan kerjasama semua pihak terbabit menjayakan PKN dan pengurusan masjid selain sambutan baik pelatih muda.
  • 35. BH 09/04/2004 Mentaliti kelas pertama gabung nilai hidup terbaik By Zamri Mohamad (836 wds)
    MENTALITI kelas pertama. Satu gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu kita untuk memikir dan merencanakan bentuk pemikiran demikian dalam kehidupan di bawah kepemimpinan kerajaan beliau. Namun apakah yang dimaksudkan dengan mentaliti kelas pertama itu? Perdana Menteri mungkin mempunyai pengertian tersendiri sedang kita pula masih mencari-cari dan membuat andaian masing-masing di sebalik pengertiannya.
  • 36. BH 08/04/2004 Kerana pengetua lembap senior buli junior By Pemerhati Gejala Ragging (290 wds)
    SAYA amat pilu berikutan kematian pelajar Muhammad Farid Ibrahim akibat dipukul senior di asrama Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Putera Maamor, Seremban baru-baru ini. Saya tertarik dan menyokong luahan Zamri Mohamad dari Melaka (1 April 2004) bertajuk `Gangsterisme di sekolah jadi masalah masyarakat’.
  • 37. BH 01/04/2004 Gangsterisme di sekolah kini jadi masalah masyarakat By Zamri Mohamad (712 wds)
    “TIDAK kira di mana saja anda berada, ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka terutama di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gangsterisme dan pemilikan pistol secara berleluasa ia mengancam dan membebankan prinsip yang kita dukung selama ini, sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana ini sebenarnya mereka golongan yang jahil.” Kenyataan disuarakan Micheal Durso, pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian, September 1997 ini memperlihatkan situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat.
  • 41. BH 21/11/2003 Kesedaran urus kewangan diri By Zamri Mohamad (1046 wds)
    HARI ini penguasaan kaum Cina dalam modal saham di negara ini jauh melebihi bangsa Melayu dengan jumlah keseluruhan RM159.8 bilion berbanding RM73.2 bilion. Ini menunjukkan satu lagi keadaan bangsa Melayu yang besar dari sudut kuantiti tetapi kualiti pengurusan hidup dan kewangan sebenarnya tidak selaras dengan bilangan penduduk majoriti.
  • 44. BH 09/08/2003 Cinta remaja hilang arah By Zamri Mohamad (148 wds)
    ISU seks di atas tangga bukan isu bangsa Melayu tetapi isu rakyat Malaysia. Jika dibiarkan berleluasa, boleh jadi anak kecil atau remaja bangsa lain yang menontonnya mengintai peluang untuk melakukannya kelak.
  • 46. BH 02/07/2003 Pegawai agama harus berhati-hati laksana tugas By Zamri Mohamad (323 wds)
    KONTROVERSI yang menyentuh sikap dan tingkah laku pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengundang satu lagi kisah `panas’ dalam masyarakat. Bermula dengan sepucuk surat yang dilayangkan kepada ruangan ini berikutan rasa tidak puas hati seorang kakak pesalah terhadap tindakan yang diambil terhadap adiknya oleh pegawai Jais, andaian demi andaian dan pelbagai komen timbul berkait rapat dengan keadaan ini.
  • 47. BH 29/05/2003 Gaya pembacaan masyarakat bagaikan air pasang surut By Zamri Mohamad (411 wds)
    DUNIA pembacaan dikatakan sukar mendapat tempat di hati masyarakat tempatan hari ini. Namun, realiti ini dikatakan sedikit sebanyak dikikis melalui kewujudan pelbagai bentuk penerbitan dan pertambahan bilangan penerbit yang memperlihatkan suasana positif untuk dinilai bersama
  • 50. BH 07/05/2003 Filem sebagai ejen untuk ubah sikap masyarakat By Zamri Mohamad (690 wds)
    DI MANAKAH kedudukan filem dan drama tempatan sebenarnya? Itulah persoalan yang menghantui industri perfileman negara yang perlu dijawab oleh penggiat filem dan drama tanah air serta penonton tempatan. Ada mengatakan filem dan drama tempatan kini layak dibawa ke peringkat antarabangsa, namun kenyataan ini disambut dengan deraian ketawa majoriti yang mengikuti perkembangannya.
  • 51. BH 02/05/2003 Wabak SARS mesej ringkas daripada Allah By Zamri Mohamad (735 wds)
    WABAK Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) menjadi tumpuan dunia selepas pencerobohan di Iraq. Situasi ini dianggap pencetus kegemparan terbaru antarabangsa yang disifatkan sebagai virus misteri abad ini. Pelbagai khabar angin dan andaian terus disebarkan mengenai SARS serta tidak kurang yang mengandaikan ia adalah ujian senjata biologi oleh sebuah negara yang sedang menumpukan kepada penghasilan senjata itu. Ada juga yang menyimpulkan wabak ini disebabkan kegagalan kejuruteraan genetik yang tidak dapat dikawal. Apa pun andaian yang dibuat setakat ini, SARS kini menjadi cabaran baru buat masyarakat dunia untuk menghadapinya secara bijaksana.
  • 52. BH 28/04/2003 Syor pendidikan idea, motivasi dilaksanakan By Zamri Mohamad (534 wds)
    KURANG 17 tahun lagi, kita bakal mencapai matlamat Wawasan 2020. Sepanjang tempoh itu, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan agenda negara pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia, idea ini terus dirancakkan dengan pelbagai usaha bagi mencapainya. Dalam bidang pendidikan, kita dapati ada lompang yang perlu diperbaiki dan ditangani secara bijaksana. Setakat ini, penulis melihat satu permasalahan pelajar pada hari yang mana boleh membantutkan potensi pelajar.
  • 53. BH 16/04/2003 Demonstrasi harus beri mesej positif By Zamri Mohamad (547 wds)
    KEJATUHAN rejim Saddam Hussein diramalkan oleh banyak pihak. Dengan segala kekuatan bala tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Iraq dapat ditawan walaupun tidak begitu mudah. Namun terlalu awal untuk menyatakan sama ada kekalahan ini bersifat mutlak atau sebaliknya.
  • 54. BH 11/04/2003 Mentaliti 3K di kalangan mahasiswa Melayu By Zamri Mohamad (397 wds)
    SABAN tahun institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melahirkan berpuluh ribu graduan dalam pelbagai bidang pengkhususan dan kemahiran. Namun, tidak semua mereka yang keluar ini mendapat pekerjaan. Mereka menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan akibat persaingan dan keperluan tenaga kerja.
  • 56. BH 29/03/2003 Bush perlu dididik jadi manusia lebih beradab By Zamri Mohamad (592 wds)
    PADA 17 Disember 2001 melalui ucapan radio di Crawford, Texas, Laura Bush berdiri di hadapan rakyat Amerika Syarikat bagi menyampaikan ucapan yang disifatkannya sebagai suara hati. Antara lain katanya: “Saya Laura Bush dan saya sampaikan mesej ini untuk menggesa dunia agar memberi perhatian serius terhadap masalah kekejaman terhadap kaum wanita dan kanak-kanak oleh jaringan pengganas al-Qaeda dan rejim yang didokongnya di Afghanistan, iaitu Taliban.
  • 57. BH 28/03/2003 Penerapan nilai agama sekat sikap angkuh By Zamri Mohamad (701 wds)
    SABAN minggu bandar-bandar utama dunia seperti New York, Rome, Paris dan Tokyo dipenuhi ribuan manusia dengan cara tersendiri meluahkan rasa hati dan semangat mereka membantah perang ke atas Iraq dan keamanan sejagat. Suara Aman Malaysia menjadi teras masyarakat tempatan menyatakan sokongan bantahan perang ke atas Iraq.
  • 58. BH 22/03/2003 Semangat muafakat orang kampung utuh By Zamri Mohamad (116 wds)
    KEJADIAN budak hilang ketika mengikut ibunya menambat kambing di Kampung Pokok Mangga, Tengkera, Melaka, baru-baru ini, memperlihatkan rasa setia kawan dan keprihatinan masyarakat kampung dalam usaha menjejaki dan mencari kanak-kanak itu. Apa yang menariknya, masyarakat kampung sekitar tidak jemu-jemu membantu keluarga mangsa.
  • 59. BH 04/03/2003 Tokoh Maal Hijrah: Sumbangan saudara baru wajar diiktiraf By Zamri Mohamad (362 wds)
    KEHADIRAN 1 Muharam 1424 Hijrah menandakan satu rahmat dan peluang daripada Allah kepada umat Islam untuk terus menjalani kehidupan dan menunaikan amanah di bumi ini. Sewajarnya umat Islam menyambutnya dengan kesyukuran serta kesedaran betapa tingginya nilai kasih sayang Allah dengan segala apa yang diberikan kepada kita sama ada sedar atau tidak. Dalam konteks Malaysia, tahun baru Islam dijadikan cuti umum dan pelbagai program diadakan di setiap negeri oleh kerajaan negeri dan pusat untuk memeriahkan sambutan ini. Berkumandang lagu Hijrah dan siri ceramah agama di televisyen dan artikel yang menyentuh keindahan Islam serta pengertian Hijrah mengisi ruangan akhbar nasional.
  • 60. BH 10/02/2003 Islam tidak bataskan kasih sayang umat By Zamri Mohamad (792 wds)
    TANGGAL 14 Februari dianggap sebagai `sweet 14′ bagi gadis atau jejaka bertuah kerana dianggap lambang ikatan kasih sayang di antara pasangan bercinta. Pemberian sejambak ros merah, coklat atau menghantar pesanan ringkas kepada yang tersayang tepat jam 12 malam tarikh itu menambahkan gembira kerana berasakan diri dihargai.
  • 61. BH-EKO 30/01/2003 Sembelihan Islam dianggap terbaik By Zamri Mohamad (549 wds)
    TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia. Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan. Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau `zahiba’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
  • 62. BH 28/01/2003 Masyarakat masih takut dedahkan masalah dadah By Zamri Mohamad (349 wds)
    TAHUN 2003 diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Dadah dan semua pihak perlu bersama kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha memerangi habis-habisan masalah ini. Najis dadah dilihat sebagai nanah yang tidak sembuh dan sukar diatasi pengedarannya.
  • 64. BH 03/12/2002 Ada pelajar tidak tahu mengucap By Zamri Mohamad (552 wds)
    KEBELAKANGAN ini ibu bapa, khususnya berbangsa Melayu lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama dalam dan di luar negara berbanding sekolah kebangsaan. Kecenderungan ibu bapa ini menunjukkan keprihatinan mereka dalam mempersiapkan anak dengan nilai agama yang lengkap dalam menghadapi cabaran generasi baru yang mendatang. Tambahan lagi sekolah jenis kebangsaan dikatakan tidak Islamik dan tidak mampu mendidik pelajarnya dari sudut agama.
  • 65. BH 29/11/2002 Syawal medan sikap mulia By Zamri Mohamad (62 wds)
    KURANG seminggu lagi kita akan meninggalkan Ramadan dan menyambut Syawal.
  • 66. BH 27/11/2002 Atlit guna dadah jejas keperibadian remaja By Zamri Mohamad (422 wds)
    PENGAMBILAN dadah di kalangan atlit negara kebelakangan ini amat membimbangkan. Gejala ini turut menjejaskan imej negara dan keperibadian remaja negara. Saya tidak berminat menyentuh secara peribadi salah laku tiga pemain sepak takraw negara yang disabitkan kesalahan selepas mengambil ubat batuk `haram’ yang menyebabkan mereka didapati positif morfin menjelang kejohanan Sukan Asia di Busan, Oktober lalu.
  • 67. BH 25/11/2002 Tanah runtuh: Etika urus alam diabai By Zamri Mohamad (581 wds)
    TRAGEDI tanah runtuh di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, Rabu lalu, membawa kita kembali kepada tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada Disember 1993. Di sini, kita perlu bertanya, sejauh mana tragedi ini memberi kesan kepada kita dan membawa untuk berfikir sejenak akan nilai alam sekitar kepada manusia yang inginkan pembangunan.
  • 70. BH 29/10/2002 Strategi pertingkat reputasi Islam perlu diperhebat By Zamri Mohamad (504 wds)
    ORANG Islam terus ditekan bertubi-tubi dengan pelbagai mekanisme yang ada. Media Barat secara terus menerus mengaitkan tindakan ganas yang dilakukan ada kaitan dengan Islam. Hanya sebilangan kecil yang bertindak secara rasional dalam membincangkan hal ini. Tekanan masyarakat Islam di Barat adalah tekanan yang sama kepada masyarakat Islam di Malaysia. Tidak pernah melainkan hari ini pembunuh dikaitkan dengan agama yang dianutinya. Apa tindakan kita kali ini, berdiam diri dan membiarkan saja salah faham terus berlegar di kalangan masyarakat atau bertindak dengan apa saja cara yang bersesuaian?
  • 71. BH 26/10/2002 Penulis anti-Islam jadi jagoan Barat By Zamri Mohamad (664 wds)
    DUA minggu kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan kenyataan kontroversi yang dilemparkan oleh Rohan Gunaratna, penulis buku Inside Al-Qaeda – Global Network of Terror. Beliau menyenaraikan beberapa pergerakan pengganas yang turut membabitkan kepemimpinan negara, Barisan Nasional (BN) serta parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.
  • 73. BH 23/10/2002 Persatuan untuk bela bukan galak poligami By Zamri Mohamad (724 wds)
    ISU penubuhan Persatuan Isteri-Isteri Berpoligami terus berlarutan, selain isu tempatan yang membabitkan masalah sosial masyarakat hari ini. Secara peribadi kita perlu melihat sesuatu perkara itu dari asasnya, di mana segala persoalan pasti dapat diungkaikan dengan mudah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: