Baca baru tulis

buku.png

Bagi menghasilkan Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, penulis memerlukan sekurang-kurangnya 20-40 bahan rujukan dalam bentuk buku sahaja. Selain daripada itu, puluhan website sentiasa dimuat turun dan disimpan ke dalam CD bagi kegunaan akan datang. Ini belum dicampur dengan e-book yang dijual di kedai komputer.

Kes yang sama jika ingin menjadi penulis bersama. Meskipun ada nilai nama yang menarik pembaca kepada buku yang ditulis bersama, ia tidak bermakna penulis bersama boleh ambil mudah dengan apa yang ditugaskan.

Misalnya, dalam penghasilan buku Rahsia Bisnes Mamak, penulis utama dan penulis bersama memerlukan tidak kurang daripada 50 buah buku dan puluhan laman web bagi menghasilkan buku setebal 150 muka surat.

Ini jauh lebih rendah berbanding Anthony Robbins (1500 buku), Tuan Azizi Ali (700 buku) dan Irfan Khairi (400 buku). Siapakah mereka? Google Search Engine akan membantu saudara. Tidak semestinya beli, pinjam dari perpustakaan dan rakan-rakan. Ia mesti selari dengan kuasa wang saudara dan saudari.

Ketika zaman saya belajar. Dalam satu semester sekurang-kurangnya 5-10 buku baru yang saya akan beli. Bergantung kepada bajet pinjaman kewangan (telefon bimbit pun masih yang sama lagi, edisi 2002 ) Kata mentor saya, “Pelaburan bagi penulis ialah buku-buku. Tanpa buku, tidak ada penulisan.”

Nanti dahulu, bunyinya kelihatan banyak. Tetapi kita perlu gunakan teknik bacaan secara bijak bagi memudahkan kita memaksimakan penggunaan buku-buku tersebut. Antara perkara yang perlu dilihat dalam sebuah buku bagi tujuan penghasilan buku lain ialah.

  • Senarai isi kandungan. Ini akan memberi idea bagaimana susunan sub topik kita disusun memenuhi kehendak pembaca.
  • Kaedah setiap topik dipersembahkan. Ini membantu kita mengadaptasi kaedah ia dihasilkan ke dalam buku kita.
  • Isi. Baca dan gabungkan dengan pengalaman atau kes yang kita catatkan melalui pengalaman orang lain dan pemerhatian.

Kenalan dan guru saya, Puan Aina Emir mengorbankan masanya masuk ke hutan membawa anak-anak beberapa bulan semata-mata untuk menambahkan nilai cerita dalam novelnya. Baru-baru ini beliau ke Cambodia bagi novel terbarunya.

Mengapa?

Statistik jualan novel remaja kategori cinta merudum kerana pembaca merasakan.

  • Pengulangan tema cinta dengan cerita yang boleh dijangka.
  • Kurang kajian sehinggakan jalan cerita sangat mentah dan tidak mengujakan.

Buku-buku bantu diri dan tip juga berhadapan dengan situasi ini. Jadi berhati-hati. Teruskan menulis, eksplorasi teknik penulisan yang mempunyai impak melalui blog saudara dan saudari.

Saya masih belum menerima url blog mente-mente. Bila mahu beri?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: