Cara Mamak memilih rakan usahasama.

Apabila peniaga India Muslim berurusan dengan rakan usahasama niaga baru, tempoh berurusan itu sendiri mempunyai kepentingan sendiri. Apabila melibatkan satu demi satu pertemuan dengan rakan usahasama niaga, keputusan untuk mencapai persetujuan mungkin tidak berlaku pada satu tempoh yang singkat.

Beberapa pertemuan antara peniaga India Muslim dengan rakan usahasama niaga penentu kepada bentuk kerjasama bagi satu jangka masa panjang. Pertemuan demi pertemuan mungkin kelihatan tidak relevan oleh rakan usahasama niaga. Ia mungkin kelihatan membuang masa produktif kerana tidak mencapai apa-apa. Sebaliknya, sepanjang tempoh tersebut merupakan waktu-waktu penting bagi mengenali rakan usahasama niaga baru. Peniaga India Muslim bukan sekadar ingin tahu apa yang ditawarkan dalam perniagaan.

Pembawaan dalaman, cara hidup dan personaliti rakan usahasama niaga juga menjadi perhatian. Lebih jauh lagi nilai kekeluargaan yang mempengaruhi rakan usahasama niaga membawa pengaruh besar dalam keputusan perniagaan.

Beberapa pertemuan antara peniaga India Muslim dengan rakan usahasama niaga juga mempunyai kepentingan dalam mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam usahasama. Cadangan akan diperdebatkan sebelum diputuskan bagi melihat sejauhmana cadangan kerjasama boleh menuntungkan kedua-dua pihak.

Bekerja dalam keadaan terburu-buru dalam membuat keputusan bukanlah budaya urusniaga yang digemari. Apa sahaja keputusan awal yang dipersetujui bersama dalam perbincangan tidak muktamad selepas ia dibawa kepada pihak atas yang lebih senior dalam organisasi tersebut. Ini mungkin mengecewakan bagi sesetenah pihak kerana perlu berhadapan dengan situasi yang sama sekali lagi jika timbul isu baru. Proses ini berlaku kerana budaya niaga yang menghormati kedudukan dalam organisasi masih ada dalam perniagaan. Proses ini juga penting bagi mengawal kesan jangka panjang dengan rakan usahasama niaga baru.

Kelewatan seperti mana urusniaga pertama ini tidak berlaku apabila beberapa kerjasama lain dibuat. Ia terjadi setelah kerjasama awal berjaya dan kepercayaan kedua-dua belah pihak diyakini.

Cara panggilan dalam kerjasama antara peniaga India Muslim dan rakan usahasama niaga baru harus dalam lingkungan panggilan yang formal. Memanggil dengan gaya seolah-olah sudah kenal lama bagi tujuan mengurangkan rasa asing kedua-dua belah pihak akan kelihatan seperti tidak menghormati peniaga dan urusniaga itu sendiri.

Apabila adanya permintaan dari pihak peniaga untuk dipanggil dengan gelaran yang disukainya, maka rakan usahasama niaga bolehberbuat demikian. Apabila berlaku keadaan itu, hubungan dalam perniagaan melangkah kepada hubungan yang lebih akrab dan bersifat peribadi. Kepercayaan pada tahap profesional berlaku apabila kepercayaan pada peringkat individu berlaku. Inilah yang menjadi teras perniagaan India Muslim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: