Terima Kasih Cik Nordiana




Lama juga saya tidak keluar ke pusat membeli belah memerhatikan orang. Ajakan saudara Mohd Syarafuddin Sulaiman, penulis siri Akademi Kehidupan pada petang Ahad itu sukar aku tolak.

Mungkin ini satu bentuk kawalan kepada diri saya dalam berbelanja. Maksud saya berbelanja apabila membeli buku. Dalam beberapa bulan sahaja, banyak perkara yang berubah. Kinokuniya sudah membali hampir kesemua buku-bukunya. Salah satu cara hendak menjaga kualiti buku. Mahu baca, pergi ke kaunter dan minta pertolongan pekerja di situ.

Sebagaimana dijangka. Pasti ada sahaja bungkusan yang akan dibawa pulang.Tiga buah buku baru karangan John C Maxwell, John Gray, Gary McClain, Deborah S. Romaine dan Andrea Hirata menjadi pilihanku sebagai rujukan buku terbaru dan hiburan.

Ketika di kaunter, juruwang sibuk menguruskan buku-bukuku.

“RM000.00 sir,” katanya dalam bahasa Inggeris.

“Terima kasih cik Nordiana,” kataku kembali dalam bahasa Melayu apabila beliau menghulurkan resit.

Terkejut apabila saya menyebut namanya.

“Oh, ok….,” masih dalam keadaan terkejut. Rakan sekerja memandang.

Jam 9.00 malam. Melayan pelanggan yang tidak tentu tiba, sekali sekali mereka memerlukan kejutan yang menggembirakan apabila bekerja. Jadilah manusia yang menggembirakan orang lain dengan menghargai kewujudan dirinya.

Bagi saya, Sikap seorang penulis bebas ialah memberi kegembiraan kepada diri dan orang lain dalam apa jua cara walau sekecil mana usahanya.

1 Komen »

  1. zam said

    mengembirakan orang lain…
    satu ungkapan yang amat menarik….

    hidup akan lebih bererti andai orang disekeliling kita bergembira.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: