Apabila penerbit dari India menghubungiku

klik untuk paparan lebih besar

I have obtained your contact details from internet. If you think you have something worthwhile for us to consider, we will be glad to receive a communication from you.Regards,
Sahiba
Email: sahiba@bumblebeepublishers.com

Bumblebee Publishers
A Div of:
Ethos Embassy Marketing Ser. Pvt. Ltd.
S- 185, Ground Floor, Greater kailash – II,
New Delhi – 110 048,
INDIA
http://www.ethosembassy.com
http://www.bumblebeepublishers.com

Itulah e-mel yang saya terima pada hari ini. Penerbit dari India menghubungi saya melalui maklumat yang saya isi dan paparkan dalam writers.net. E-mel ini membuat saya terfikir beberapa perkara.

Misalnya pada satu hari nanti sebuah penerbitan yang dikenali di negara tersebut membaca profil dan sinopsis kita di dalam internet dan berminat menerbitkan buku kita dalam bahasanya. Apa agaknya cerita selepas itu?

Misalnya pada suatu hari nanti ada sebuah penerbit berminat untuk menjalinkan usahasama dengan penerbit yang mengeluarkan buku-buku kita. Apa agaknya cerita selepas itu?

Rasanya, tanggungjawab penulis rupanya tidak terhad kepada berkarya. Tanggungjawab penulis juga menghubungkan potensi dari sumber-sumber pelbagai. Buku-buku saya diterbitkan dalam bahasa Melayu. Tetapi sengaja gatal-gatal tangan menulis biodata dan senarai buku serta sinopsisnya dalam bahasa Inggeris di internet. Semuanya mengikut jejak langkah Tuan Ashadi Zain, penulis siri Adam Kecil yang mula-mula memperkenalkan saya kepada writers.net

Penulis bebas ambil peluang dari kecanggihan internet, blog dan komuniti antarabangsa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: