Berhenti! Hasilkan buku bestseller!

Ingin menjadi penulis dan menghasilkan buku-buku bestseller seperti

buku.png

Catatan Puan Ainon Mohd (Mentor penulis, Zamri Mohamad)

Apabila saudara menulis buku dengan menggunakan logik linear, itu adalah teknik penulisan konvensional.

Istilah ‘linear’ datang daripada perkataan ‘line’ atau ‘garisan’. Orang yang melukis garisan mesti melukis dari satu hujung ke satu hujung.

Dalam penulisan, logik linear melatih saudara supaya menuliskan dahulu tajuk buku saudara. Kemudian tulis judul-judul bab isi kandungan buku saudara.

Apabila menulis, saudara dikehendaki menulis Bab Pendahuluan dahulu. Sudah siap bab Pendahuluan baru tulis Bab 1. Sudah selesai Bab 1, baru tulis Bab 2, Bab 3 dan sterusnya. Akhir sekali tulis Bab Penutup.

Semasa menulis bab-bab buku, logik linear melatih saudara supaya menulis perenggan pertama yakni pembukaannya dahulu, kemudian baru tulis perenggan kedua, ketiga, keempat, sampai akhir, barulah tulis perenggan penutup.

Semasa menulis perenggan, saudara mesti menulis ayat pertama dahulu, kemudian teruskan dengan ayat kedua, ketiga dan seterusnya.

Ini cara kerja konvensional. Cara kerja begini banyak kelemahannya. Yang paling jelas adalah isu buku ‘terbengkalai’ di tengah jalan. Saudara ‘tersangkut’, lalu sukar hendak meneruskan penulisan.

Di PTS saudara dilatih menulis dengan tidak menggunakan logik linear. Saudara dilatih menulis buku menggunakan logik non-linear. Itulah yang dinamakan KJ METHOD. Hasilnya, saudara dapat lihat sendiri bagaimana penulis-penulis PTS dapat menulis banyak buku dalam waktu yang relatif singkat.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: