Satu keluarga bergembira!

Saya merasakan amat penting berkongsi kisah-kisah gembira sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 setelah saya membaca laporan mentor Puan Ainon Mohd

Saya petik dari kata-kata beliau.

  • Setiap tahun akan ada pengedar buku dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak datang ke booth PTS. Tahun ini jumlah mereka naik.
  • Penulis Ayat-ayat Cinta Habiburrahman El-Sherazy bertembung dengan penulis siri belajar efektif PTS Dr. Hassan Ali
  • Pari-pari jelita dan pari-pari kecil yang comel-comel menjadi duta novel-novel PTS, merayau-rayau dari satu sudut ke satu sudut ruang pameran PWTC membawa contoh novel-novel PTS dan menyebarkan bahan-bahan promosi novel-novel itu.
  • “Cantik-cantik. Macam buku luar negara,” respon pengunjung menjangka PTS mengeluarkan buku-buku terjemahan
  • Laporan dari tapak pesta mengatakan booth PTS  lebih sesak daripada semalam. Buku-buku yang penulisnya datang, habis licin.
  • Penulis yang datang hari ini adalah Imad, Ezee Rahmani, Shamsudin Ab. Kadir, Umbut, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ain Maisarah, Majidah dan Lia.
  • Profail pengunjung booth PTS yang berkerumun didepan rak-rak buku bisnes adalah: (a) Lelaki dewasa – ciri orang berjawatan tetap, (b) Perempuan dewasa – ciri orang berjawatan tetap, dan (c) Lelaki muda – ada ciri-ciri pelajar IPT.
  • Nampaknya perempuan muda tidak membeli buku-buku bisnes
  • Laporan dari tapak pesta menunjukkan pengarang paling ngetop jualan bukunya adalah Ann Wan Seng dengan buku Rahsia Bisnes Orang Cina mengekalkan kedudukannya bagi tahun ke-2 berturut-turut sebagai buku paling laris.
  • Puan Engku Zainon (Ezee Rahmani) berada di booth PTS pagi ini bagi menandatangani autograf peminat yang datang.
  • Tidak sampai 1 jam selepas beliau duduk, novel terbaru beliau “Sarah dan Kasut Tumit Tinggi” habis terjual.
  • Menurut En. Faris, para penerbit Indonesia memang sejak belum naik pesawat sudah memasukkan nama PTS dalam senarai penerbit Malaysia yang mahu mereka temui bagi tujuan bisnes.
  • Sabtu 28hb penulis yang datang bagi melayani peminat adalah: Ahmad Zafran, Icesoul, Rashidah Md Nor, Kang Razzi, Imuda, Ummi Kauthar, Mohd Kholid Hamzah, Ann Wan Seng, Lia, Farihah Iskandar, Majidah.
  • Tahun ini nampak jelas pengunjung datang dengan niat membeli buku. Ramai ibu bapa membawa anak-anak dan membiarkan anak-anak bebas memilih buku sendiri. Terbukti ibu bapa menaruh keyakinan buku-buku remaja PTS adalah baik untuk anak-anak mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: